"3 amal yang lebih utama:
i) Solat dalam waktunya
ii) Berbakti kepada ibu bapa
iii) Berjuang di jalan Allah."
[H.R.Bukhari]
"Kedua orang tuamu adalah harta termulia yang berada di atas bumi ini.Orang tuamu selalu menginginkan dan mendoakan yang terbaik untukmu,apakah kau melakukan sebaliknya untuk mereka?"
[al-Habib Muhammad al-Bagir BenYahya,hafizohullah]
"Anak-anak yang tidak menghargai ayah dan ibu bererti tidak menghargai Allah."
[al-Habib Ahyad Banahsan,hafizohullah]
"Tidak perlu engkau berkelana jauh untuk mencari wali-wali Allah.Wali-wali Allah itu ada di rumahmu.Kedua orang tuamu itulah wali-wali Allah,maka jangan engkau mensia-siakan keduanya."
[Sulthan al-Ilm al-Habib Salim asy-Syathiri,hafizohullah]
"Anak-anak!Janganlah kamu fikir bahawa kamu berjaya hari ini adalah kerana hebatnya diri kamu,sebenarnya kamu tidak ada apa-apa jika bukan kerana berkat doa ibu bapa kamu walaupun mereka tidak berpelajaran sekalipun.Mungkin kamu berjaya disebabkan berkat doa ibu bapamu."
[al-Habib Syeikh Abdul Qadir As-Seggaff ]
Seseorang diberi rezeki oleh Allah dengan keberkatan ibu bapanya,bukan kerana kekuatannya,bukan kerana jawatan dan pangkat yang dimilikinya.Kata Shaykhuna al-'Arifbillah Sayyidi al-Habib Yusuf Muhyuddin Riq al-Bakhour al-Hasani al-Husaini,hafizohullah,
Seseorang lelaki akan mendapat rezeki dan rahmat melalui 2 asbab;
i) Diberi rezeki kerana menanggung nafkah dan tanggungjawab kepada anak dan isteri.
ii) Diberi rezeki kerana berbuat kebajikan kepada kedua ibu bapanya.
Sayyiduna al Habib Rasulullah ﷺ telah mewasiatkan kepada para sahabat supaya menjadi orang yang berakhlak kepada ibu bapa mereka meskipun ibu bapa mereka masih tidak memeluk agama Islam.Baginda ﷺ juga telah mewasiatkan para sahabat dengan wasiat daripada Allah,supaya mentaati ibu bapa dan menjaga hubungan yang baik dengan mereka selagi bukan maksiat,meskipun ibu bapa mereka belum lagi memeluk Islam.

