-->

:: Sebuah Nukilan Kecil::

advertise here
"Antara sebab kanak-kanak sentiasa riang dan menjadi insan yang paling gembira kerana dia mudah memaafkan orang lain dan tidak cepat berdendam.Ini kerana,sifat memaafkan orang lain sebenarnya keperluan untuk diri kita sendiri....untuk menjadikan kita insan yang tenang dan sentiasa gembira."
[Al-Fadhil AlHabib Syed Abdul Kadir Aljoofre,hafidzhahuLlah]



Antara cara untuk selalu bahagia,dengan memaafkan orang lain.Kekasih kami,hafidzhahuLlah,sentiasa berpesan,
"Orang yang sempit hidupnya ialah orang yang selalu membenci orang lain,kerana dia 'terpaksa' mengelak dari bertemu dengan orang yang dibencinya dan hatinya selalu sempit kerana perasaan benci yang ada dalam hatinya.Berbeza dengan orang yang pemaaf dan tidak mudah membenci.Hidupnya luas,bebas bergerak kerana tidak perlu 'lari' daripada orang yang dibenci.Hatinya pun tenang kerana tiada perasaan benci."


Jadilah kamu seperti "seseorang" yang apabila manusia lain memandangnya maka mereka akan berkata:
"Dunia ini masih lagi dalam keadaan yang baik (masih punyai banyak kebaikan).."

Bersederhana dalam hidup dengan bersyukur atas setiap nikmat yang kita dapat walau sekecil manapun nikmat yang kita dapat,senyum dan ucapkan Alhamdulillah.Sesiapa yang bersyukur,Allah akan menambahkan nikmat kepadanya...dan sesiapa yang bersyukur,dia akan selalu bahagia.Bahagia ada pada hati yang bersyukur dan bersederhana.Orang yang selalu gembira dan bahagia walaupun hidupnya sederhana,mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang kaya... :-)

Mempunyai sebuah rumah yang sederhana..
Sebuah kenderaan yang sederhana...
Sebuah keluarga yang sederhana dan selalu ceria...
Sebuah pekerjaan yang sederhana....
Dan dikelilingi selalu oleh para kekasihNya...
Sudah cukup membahagiakan...

Sentiasa tetap tersenyum.Senyum itu sedekah dan penawar kelukaan.Sama ada dalam susah atau senang,sentiasa tersenyum.
Biasa bila kita terjatuh,kita perlukan sesuatu untuk membangkitkan semula semangat kita untuk bangun.Senyum merupakan salah satu cara untuk memberi semangat pada diri walau sesusah manapun hidup yang kita lalui,pasti ada kelembutan dan kemudahan di dalamnya.


"Kebahagiaan terletak di dalam hati.Tiada siapa yang dapat merebutnya dari anda.Meski rumah sempit,pakaian lusuh,rupa tak hensem,dan duit tak punya,anda tetap berpeluang untuk menikmati kebahagiaan."
[Ustaz Umar Muhammad Noor]

Berita gembira daripada Sayyidina Al Habib ﷺ,

مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ
"Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka Allah akan mendatangkan kepadanya musibah/ujian."
[HR Imam Ahmad رحمه الله.]
Maksud "kamu kenal Allah" itu ialah kamu mampu tersenyum,kamu bahagia,kamu tenang, kamu gembira,kamu memiliki sekeping hati yang dicemburui oleh semua manusia.

Sesiapa yang mencintai Allah,maka dia akan memandang semua perkara itu indah.
...اللهم اجعلنا من أهل المحبة ! آميين

Petua bahagia daripada Sayyidi Al Habib Umar BenHafiz,hafidzhahuLlah,
"Jangan percaya dan terpengaruh terhadap pujian orang lain,setinggi apapun pujian itu,ia tak akan mendekatkan kita pada Allah.
Jangan pedulikan cacian dan hinaan orang lain,seburuk apapun cacian dan makian itu,ia tak akan menjauhkan kita dari Allah. 
Pujian dan cacian mereka hanya dzon(prasangka)mereka.
Mereka tidak tahu dengan yakin siapa kita sebenarnya,hanya kita dan Allah yang mengetahui dengan yakin bahawa kita hanyalah hamba Allah yang selalu merasa hina dihadapanNya."

Click to comment