Oleh sebab di media massa,calon ini tidak mendapat tempat yang sepatutnya,saya terpanggil untuk menyampaikan kebenaran dan sesuatu yang baik agar ia adil dan saksama,kempen secara sihat.Sedikit sebanyak,saya akan ceritakan tentang calon-calon di kampung saya yang saya kenal.
^__^
Pertama tentang calon PAS bagi P039 Parlimen Dungun,Ustaz Wan Hassan Wan Mohd Ramli.
Beliau ialah jiran saya.Seorang yang ramah dan sentiasa mudah tersenyum.Kebiasaan beliau ialah sentiasa melambaikan tangan dan menyapa orang ramai,tanpa mengira tua atau muda,tanpa mengira warna parti dan tanpa mengira bangsa.Boleh dikatakan,sebelum kita sempat menegur beliau,beliau dulu yang menyapa kita dengan senyumannya.Memang beliau seorang yang mesra rakyat dan sentiasa ceria.
Tokoh ini cukup bersahaja dan merendah diri.Pernah disimbah air ikan di pasar besar Dungun tetapi tetap tenang menyantuni rakyat.Pernah dimaki hamun tetapi sentiasa ada untuk menghulurkan bantuan tanpa memilih warna parti.Sentiasa dihormati oleh pihak kawan dan lawan.
Beliau sering mengadakan kuliah mingguan muslimat di surau berhadapan rumah saya,Surau Ustaz Omar Shukri,pada hari Rabu.
Kedua tentang calon PAS bagi N-26 DUN Rantau Abang,Cikgu Hj.Alias bin Harun.Sewaktu saya kecil-kecil dulu,seingat saya pernah belajar dengan beliau di kelas Fardhu Ain,dan beliau juga merupakan guru matapelajaran Matematik ibu saya dulu-dulu.Kata ibu saya,sewaktu Cikgu Alias menjadi guru dulu-dulu,beliau amat disayangi oleh para pelajar,salah satunya kerana beliau tidak pernah membeza-bezakan pelajar kelas hadapan mahupun kelas belakang.Sama ada kelas hadapan mahupun kelas belakang,beliau sentiasa berusaha untuk memastikan semua anak muridnya memahami apa yang diajarkannya.Selagi anak muridnya tidak faham,selagi itulah dia mengulang kembali sehinggalah anak-anak muridnya faham.
Saya pernah beberapa kali mengikuti beliau ketika bersama-sama Pemuda DUN Rantau Abang untuk menyampaikan bantuan dan masuk kampung.Akhlaknya begitu mesra rakyat,sentiasa manis dengan senyuman dan lemah-lembut dalam berbicara.Kebiasaannya beliau menunaikan solat berjema'ah di surau berhampiran kelas Fardhu 'Ain tempat saya belajar suatu ketika dahulu.
Ketiga tentang calon PAS bagi N-27 DUN Sura,Cikgu Hj.Wan Hapandi Wan Nik.Beliau juga jiran saya.Beliau merupakan di antara Imam utama di surau berhadapan rumah saya,Surau Ustaz Omar Shukri.Beliau sentiasa mengadakan kuliah Subuh harian di surau tersebut.Seorang yang tawadhu',pada setiap kuliah Maghrib di surau pasti beliau berada di saf paling hadapan bertalaqqi dengan para ustaz yang mengajar di surau tersebut.
Beliau seorang yang mesra rakyat.Sentiasa manis dengan senyuman.Tutur katanya lembut.Seperti juga Ustaz Wan Hassan,beliau seorang yang mudah menyapa orang ramai dengan senyumannya sambil melambaikan tangan.Masyarakat Dungun ramai yang mengenalinya apatah lagi beliau merupakan seorang bekas guru.
Sekadar apa yang menjadi tanggungjawab untuk saya sampaikan.Jika kita tidak mampu untuk menyampaikannya di ruang media massa,kita memiliki media alternatif sosial yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat untuk menilai dan memilih yang terbaik.
Selamat Mengundi.... :-)



