Nasihat Untuk Remaja Pada Zaman Ini.
Remaja sekarang ini mereka ada yang bersolat tapi melakukan perkara yang pelik, ada yang cium sana sini, mata meliar,masuk net tengok macam-macam.Iman mereka lemah.Penuh dengan godaan dan celaan pada remaja ini.
Al-Allamah ad-Da'ie IlaLlah alHabib Ali Abdul Rahman al-Jufri,hafidzhahuLlah berkata,
"Perkara ini semua orang ketahui,tentang ujian yang melanda remaja sekarang ini.Pertama sekali aku khabarkan berita gembira kepda remaja semua,penyesalan yang mereka rasa dalam diri mereka iaitu mereka lemah dengan ujian,kemudian ingin kembali kepada Allah,kemudian mereka kembali semula kepada perbuatan lama,kemudian ingin kembali semula kepada Allah,ini adalah berita gembira kepada mereka kerana menandakan iman kuat di hati mereka,iaitu mereka sangat mencintai Allah,selama mana mereka mencintai Allah, ketahuilah bahawasanya Allah juga mencintai mereka.
"Allah mencintai mereka dan mereka juga mencintai Allah"
Demi Allah wahai saudaraku,jika Allah tidak mencintai kamu,Dia pasti tidak akan campakkan ke dalam hati kamu satu perasaan kepedihan.Ini adalah perasaan yang kita rasakan,
"Aku ada melakukan kesalahan".
Perasaan yang bila terjadi sesuatu kita rasakan ianya adalah sebab ,"kelalaian aku kepada Allah".Bentuk perasaan ini adalah tanda cahaya iman,di sini cahaya lilin(keimanan) itu ada tetapi cahaya lilin ini memerlukan penjagaan sebelum angin memadamkannya.Yang memadamkan cahaya(keimanan) ini adalah dia tekad melakukan maksiat.
Perkara bahaya datang dari mana? Perkara yang lebih bahaya dari maksiat-maksiat itu bahaya tapi yang lebih bahaya dari maksiat adalah terus menerus melakukan maksiat,mengambil mudah sahaja,(seperti dikatanya) "Allah itu kan Maha Pengampun",kemudian kembali melakukan maksiat.memandang ringan dan remeh terhadap maksiat pada diri sendiri.Ini bahaya,ianya adalah isyarat cahaya iman mula menghilang.....(naudzubiLlah)
“Jikalau engkau mencintai Allah Swt maka menjadi lapanglah rasa cintamu kepada makhlukNya.
Dan jika cintamu kepada Allah tiada (sempit) maka sempit pulalah rasa cintamu kepada makhlukNya.”
[alHabib Umar BenHafiz,hafidzhahullah]
