Hari yang menggembirakan kita ialah bila kita dapat membahagiakan hati kita dan hati orang sekeliling kita.Alhamdulillah,masa terus berjalan selangkah demi selangkah.Benar kata al-Habib Umar Bin Hafiz-hafizohullah- bahawa setiap inci tanah di dunia ini pasti ada sesuatu untuk kita pelajari.
Dahulu,saya seorang pemalu.Sangat pemalu,hatta saya jarang keluar ke bandar dan sangat jarang hadir ke majlis keramaian kerana rasa rendah diri,rasa malu dan sebagainya.Kini,dengan izinNya setelah saya sembuh,saya mampu dan telah ada keyakinan diri seperti insan lain untuk berdepan dengan khalayak ramai..malah saya dapat bersama-sama,dengan izinNya,membantu untuk memberi sumbangan kepada masyarakat di sekitar kampung kami.
Dahulu,ketika saya berjema'ah dan menghadiri majlis talaqqi bersama para ustaz di kampung saya,saya hanya 'bersendirian',tetapi kini tanpa disangka pada hari ini mereka adalah sahabat saya dan saya kini adalah sahabat mereka...kami bersama-sama gembira,riang bergotong-royong membantu menceriakan masyarakat.Ini sesuatu yang indah,saya kira mungkin ramai lagi insan-insan yang berada di sekeliling kita yang suatu hari nanti akan menjadi sahabat kita tanpa kita sangka....Alhamdulillah 'ala kulli hal.Saya teringat sebuah do'a daripada al-Imam al-Alim al-Allamah al-'Arifbillah as-Sayyid Ahmad bin Idris al-Hasani-radhiyallahu 'anhu-,
"Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari setiap perbuatan yang menghinakanku,keinginan yang melalaikan aku,sahabat yang merosakkanku,keinginan yang melalaikan aku,kefaqiran yang menyebabkan aku dilupai,kekayaan yang menyebabkan aku menjadi jahat dan setiap pemutus yang memutuskan aku daripadaMu."
Setelah diizinkanNya dengan kesembuhan,baru saya rasa betapa berharganya alam ciptaanNya ini.Bersama-sama melihat keadaan masyarakat,keadaan sekeliling dan dapat membahagiakan mereka.Semuanya penuh dengan teladan dan ibrah untuk dipelajari.Benarlah,kesusahan dan penderitaan itu tidak selama-lamanya menghimpit kita,kerana setiap hujan yang lebat pasti akan berhenti....dan setiap awan yang mendung,pasti akan berarak pergi memberi laluan kepada sang mentari untuk terus memancar cahayanya menerangi alam.
Hargailah nikmat kesihatan itu sebaiknya...kerana nikmat kesihatan dan kenikmatan itu hanya dapat kita rasai apabila kita ditimpa musibah....
Sesungguhnya setiap cinta itu penuh dengan kelembutan seperti mana bait-bait qasidah al-Imam al-Habib Abdullah al-Haddad-rahimahullah- :-)
يَا إِلَـهِي وَمَلِيْـكِي
Wahai Tuhanku yang memiliki aku
أنْتَ تَعْلَمُ كَيْفَ حَالِي
Kau Maha Tahu akan keadaanku
وَبِمَا قَدْ حَـلَّ قَلْبِـي
Dan apa yang berada dalam hatiku
مِنْ هُمُوْمٍ وَاشْتِغَالِـي
Dari kesedihan dan kesibukanku
فَتَـدَارَكْنِي بِلُطْفٍ
Maka tolonglah aku dengan kelembutan

