Berkata guru kami yang mulia,al-Alim al-Allamah Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki-hafizohullah-,
"Jika kita masih belum mampu untuk melawan hawa nafsu untuk bangun menunaikan tahajjud,bagaimana kita mampu berdiri dan berjuang untuk menegakkan undang-undang Islam di muka bumi Allah?"
Pentingnya tarbiyyah dalam apa jua jalan kehidupan,termasuk haraki.Jom kita mula berusaha mengembalikan saf pemuda,muslimat,ameerah dan jemaah kita dengan akhlak dan tarbiyyah untuk persediaan PRU ke 14 nanti..Konstantinopel itu dapat dibuka dengan sebaik-baik pemerintah dan sebaik-baik rakyat.
Tarbiyyah ruhiyyah dan usrah mingguan meskipun berbentuk santai perlu diperkenalkan kepada generasi muda kita,supaya dapat memantapkan kekuatan hati untuk hadapi cabaran mendatang.
Sama-sama kita belajar untuk muhasabah diri;adakah akhlak diri ini benar-benar mencontohi akhlak kekasih ﷺ?
Di antara akhlak yang perlu saya,awak,kami dan kita sama-sama berusaha untuk latih,yang perlu kita mujahadah agar dapat 'dilahirkan' dalam setiap hati kita,seperti yang dinukil oleh Syeikhuna Muhd Zainul Asri-hafizohullah-,di antaranya:
1.Sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya.
2.Jihad di jalan Allah adalah program hidup.
3.Mati Syahid adalah cita-cita hidup yang paling tinggi.
4.Sabar menghadapi ujian daripada Allah.
5.Ikhlas dalam beramal.
6.Mendahului amalan akhirat dari amalan dunia.
7.Sangat takut pada Allah dan siksaanNya.
8.Selalu memohon ampun kepada Allah di atas dosa-dosa yang dilakukan.
9.Zuhud dengan dunia dan tidak panjang angan-angan duniawi.
10.Solat malam dan sunat sudah menjadi kebiasaan.
11.Kuat tawakkal kepada Allah.
12.Sentiasa menginfakkan harta,tidak mengira masa senang atau susah.
13.Berkasih-sayang sesama mu'min dan bersifat maaf-memaafi sesama manusia.
14.Sentiasa menegakkan amar ma'ruf dan nahi mungkar.
15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
16.Pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia.
17.Kasih sayang kepada keluarga.
18.Tawadhu'
19.Sentiasa membimbing manusia kepada petunjuk.
20.Tidak mengamalkan pembaziran.
21.Terlalu lembut hati dan banyak menangis kerana Allah.
22.Sanggup menasihati orang lain dan sanggup dinasihati orang lain.
23.Terlalu cemburu terhadap perlanggaran syari'at.
"Islam akan menang di tangan generasi yang terbaik."
[Syeikhuna Muhd Zainul Asri Hj.Mohd Romli al-Azhari-hafizohullah-]
Muhasabah untuk hati....kita masih ada masa...walau perasaan ini masih sedih,jangan berputus asa... :'-)
Salam Rejab....

