-->

::Nukilan Pasca PRU13::

advertise here
PRU 13 sudah pun 2 hari berlalu.Alhamdulillah,saya bersyukur kepadaNya dan tahniah di atas kemenangan ketiga-tiga calon di Dungun yang pernah saya 'kempen' di ruang blog ini,iaitu al-Fadhil al-Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli(Parlimen Dungun),al-Fadhil Cikgu Wan Hapandi Wan Nik(DUN Sura) dan al-Fadhil Cikgu Alias bin Harun(DUN Rantau Abang).Semua berlaku dengan izinNya

Tahniah juga saya ucapkan buat sepupu ibu saya,pak cik Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dari Barisan Nasional yang kekal sebagai penyandang bagi DUN Air Putih,Kemaman.

Meskipun sudah 2 hari berlalu,perasaan sedih masih menyelubungi hati ini.Sebagai anak muda,saya sangat sedih dengan penyelewengan demi penyelewengan yang berlaku pada pilihanraya kali ini,disokong oleh bukti demi bukti bahawa ia memang benar-benar berlaku.Isu pengundi hantu,pemberian IC percuma,isu 'blackout'...sepatutnya kita tidak memandang remeh masalah ini dengan sebelah mata.Apatah lagi,selepas habisnya pilihanraya,'mereka' memainkan isu perkauman pula.Amat menyedihkan.


Terbayang di mata saya bagaimana kuatnya pemuda-pemuda kita berusaha,ada yang sanggup berhenti sementara bekerja semata-mata untuk menyumbang tenaga membantu PAS dan Pakatan Rakyat,bersengkang mata di malam hari untuk memasang bendera dan bersabar dengan provokasi yang dilakukan pihak 'mereka',membuatkan hati ini sebak.

Dan yang saya kecewa juga ialah terdapat segelintir masyarakat kita yang seolah-olah langsung tidak nampak penyelewengan itu.Kalau ikutkan rasa hati dan nafsu,ingin saja saya berhujah dengan mereka namun kami dididik dengan tarbiyyah akhlak dan adab daripada murabbi tercinta.Mungkin ujian untuk melatih kita yang penuh kekurangan ini untuk menjadi seorang yang lebih penyabar.

Apa-apapun,semua sudah berlalu.Alhamdulillah,saya masih mampu untuk senyum,tapi tak mampu nak tahan air mata dari terus mengalir selepas bukti demi bukti penyelewengan berlaku.Pasti ada hikmah di sebalik tiap takdir yang berlaku.Juga terasa kelainan dan kesedihan pada PRU13 kali ini selepas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah 'berehat' selepas memimpin negeri Kelantan selama 23 tahun.Masa dan takdir terus berjalan,berlalu sudah zaman pemerintahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...simpan ia kemas2 dalam kenangan.  :'-)


Apa-apapun,terus berjuang.Pastinya suasana selepas PRU13 ini akan berlainan dan pasti akan menyaksikan kebangkitan rakyat dan anak muda.Sama-sama kita nantikan...kerana sunnah kehidupan,kebenaran walaupun lemah pasti akan bangkit dan kezaliman walaupun kelihatan kuat pasti akan rebah juga.Dua tiga hari ini langit petang mendung dan suram,hujan turun membasahi bumi seolah-olah turut bersedih atas kejadian yang berlaku...

أَصْلَحَ اللهُ أُمُوْرَ الْمُسْلِمِيْنَ صَرَفَ اللهُ شَرَّ الْمُؤْذِيْنَ...

p/s:Kenangan menjadi petugas polling agent PRU13 di saluran 4 dua hari lepas ketika pertama kali menjadi pengundi dalam hidup..Sedih!Hiba!Pedih!Masih terpahat dihati.. Allah sebaik-baik penolong.. Allahuakbar..waLlahua'lam...

Click to comment