-->

::Sehingga Kita Faham::

advertise here
Satu fasa kehidupan yang paling sukar pernah saya lalui ialah apabila saya selalu lemah semangat dan cepat mengalah apabila kesukaran jalan hidup yang saya lalui dipandang negatif oleh orang lain.Itu satu fasa yang 'menyakitkan' dan 'menyedihkan' kerana apabila kita bergantung pada pandangan orang lain terhadap kita,maka hidup kita hanyalah untuk membuatkan semua orang berpuas hati pada kita,dan ini adalah sesuatu yang tidak mungkin akan tercapai.

Sehingga tiba satu saat baru saya tersedar bahawa kebahagiaan hidup ini ialah bukan bergantung pada pandangan orang lain terhadap kita,apabila datang sahabat-sahabat lama yang kembali membuka ruang kehidupan saya yang terlalu sempit sejak bertahun lamanya....akhirnya menjadi luas kembali.Semua dengan izinNya.


Tak tercapai cita-cita kita tidak bermakna hidup kita telah berakhir,selagi ada ruang usaha dan ikhtiar,kita masih mampu untuk bahagia dalam hidup ini.Jangan hiraukan pandangan orang lain,selagi apa yang kita lakukan itu diredhaiNya,teruskan langkah.Biarkan cercaan dan kata-kata negatif mereka terhadap kita berlalu begitu saja,jangan disimpan di dalam hati....Maafkan mereka.Mereka tidak pernah mengenal dan tidak merasai keperitan hidup yang pernah kita lalui.Dan mereka tidak pernah bersama-sama kita sewaktu kita senang ataupun susah.

"Redha manusia adalah sesuatu yang mustahil untuk kita dapatkan secara keseluruhannya.Buat kerja yang diredhai Allah taala dan RasulNya,insyaAllah selesa hidup kita.Kejar redha Allah taala dan RasulNya,jangan kejar redha manusia.."
[Ustaz Nazrul Nasir al-Azhari,hafizohullah]

Jangan pernah malu untuk berbuat kebaikan hatta sekalipun jika kita hanya seorang peniaga di tepi jalanan cuma,jika kita tidak mampu untuk hidup semewah orang lain sekalipun....utamakan pandanganNya.Itu yang paling bererti dalam hidup kita.

"Manusia bahagia bukan kerana kaya atau sukses.Manusia bahagia kerana dia berhasil menata kehidupannya menjadi lebih baik."
[al-Habib Muhammad alBagir bin Yahya,hafizohullah]

Kekasih kami,hafizohullah,pernah menukilkan kalam seorang ulama',rahimahullah,
"Jadilah apa sahaja,dan tetaplah bersahabat dengan kami."

Sehingga akhirnya kita tersedar,bahawa kita ini bukan siapa-siapa,dan tidak memiliki apa-apa.Dan satu saat setiap manusia akan faham,bahawa hidupnya hanya mengikuti iradah Allah saja,bukan ikut siapapun...


يَا إِلَـهِي وَمَلِيْـكِي
Wahai Tuhanku yang memiliki aku

أنْتَ تَعْلَمُ كَيْفَ حَالِي
Kau Maha Tahu akan keadaanku

وَبِمَا قَدْ حَـلَّ قَلْبِـي
Dan apa yang berada dalam hatiku

مِنْ هُمُوْمٍ وَاشْتِغَالِـي
Dari kesedihan dan kesibukanku 

فَتَـدَارَكْنِي بِلُطْفٍ
Maka tolonglah aku dengan kelembutan

Wallahua'lam...

Click to comment