Para isteri pada zaman dahulu kebanyakannya suri rumah,apabila suami mereka ingin keluar bekerja mereka akan menasihati suami mereka supaya mencari rezeki yang halal dan menjauhi daripada hasil yang haram.Mereka berkata,
"Aku mampu bersabar apabila tidak ada makanan untuk tidak dimakan,tetapi aku tidak mampu bersabar jika masuk ke dalam neraka kerana aku makan daripada sumber yang haram."
Biarlah rezeki kita sedikit tetapi halal daripada rezeki yang banyak tetapi haram.Sayyiduna Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu berkata,
"Jika dipilih antara dua;sama ada menggantikan duit 1/4 dirham kepada tuannya atau menginfakkan 100 ribu dirham,aku lebih suka untuk menggantikan duit 1/4 dirham tersebut kepada tuannya."
Pesan guru kami,hafizohullah,untuk mengelakkan syubhah(bagi yang bekerja kerajaan atau swasta) apabila kita mendapat gaji,infakkan sebahagian kecil gaji kita dengan niat untuk menyucikan gaji yang kita dapat itu.Sebab itu,para masyaikh di pondok-pondok menasihatkan anak-anak murid mereka supaya kerja sendiri,agar rezeki yang mereka peroleh itu selamat daripada syubhah.
