Peristiwa Nuzul al-Qur'an merupakan kisah Sayyiduna al Habib Rasulullah ﷺ pertama kali menerima surah daripada al-Qur'an.
al-Imam al-Habib Hassan al-Attas,hafizohullah,Imam Masjid Ba'Alawi Singapura menukilkan 2 ibrah yang istimewa ketika berlakunya peristiwa nuzul al-Qur'an,
i- Sayyidina Jibril,alaihissalam memeluk Sayyidina Rasulullah ﷺ sebanyak 3 kali selepas Sayyidina Jibril,alaihissalam mengajar baginda ﷺ lima ayat pertama surah al-Iqra'.Mengapa Sayyidina Jibril,alaihissalam memeluk baginda ﷺ?
al-Habib Hassan al-Attas menukilkan bahawa pelukan itu sangat penting dalam kehidupan seseorang;untuk menyatakan,
"Saya bersama-sama dengan kamu.Kamu selamat.Saya melindungi kamu.Jangan bimbang."
Pelukan mempunyai kesan yang besar dalam kehidupan seseorang.
Kanak-kanak memerlukan pelukan,ibu bapa yang baik akan(sentiasa)memeluk anak-anak mereka.
Seorang isteri setia dan suami yang baik.Mereka dalam pelukan cinta untuk menyatakan,
"Jangan bimbang.....saya bersama-sama awak dan melindungi awak."
kredit to:Ku Za photography
ii- Sayyidina Rasulullah ﷺ mendengar bacaan Sayyidina Jibril,alaihissalam sebelum membaca 5 ayat pertama surah al-Iqra',sebagai interpretasi bahawa pentingnya mendengar dalam proses pembelajaran.
Pelajar yang taat dan mendengar dengan teliti apa yang diajarkan oleh gurunya akan berjaya.
Pekerja yang mendengar dengan teliti perintah majikannya akan selamat,
dan pemimpin yang penuh perhatian mendengar masalah orang-orang di bawahnya akan disayangi dan dihormati.
Salam Nuzul al-Qur'an...
