Berkata al-Imam al-Habib Abdullah Alawi al-Haddad,rahimahuLlah,
"Sesiapa yang menyukakan kamu dengan apa yang memudharatkanmu pada agamamu seperti dia memuji-mujimu,tidak menasihatimu dan tidak menunjukkan aib-aibmu,maka ketahuilah bahawa dia sebenarnya adalah musuh bagimu,walaupun nafsumu cenderung kepadanya kerana terdapat keseuaian antara kamu dan dia secara tabiat dan minatnya.Perumpamaan kawanmu itu adalah seperti makanan yang lazat dan sesuai dengan selera tetapi di dalamnya tersimpan racun yang mematikan.
Dan sesiapa yang membuatkan kamu murka(benci)dengan apa yang memberi manfaat pada agamamu,seperti memperingatkan aib-aibmu dan kekurangan-kekuranganmu maka ketahuilah bahawa dia adalah temanmu yang sebenar meskipun kamu tidak menyukainya kerana tabiat kamu tidak serasi dengannya.Perumpamaan kawanmu itu seperti ubat yang pahit,yang di dalamnya terkandung kesembuhan dan penawar."
Gambar milik:Tolahah Muda
Di antara sifat nafsu itu ialah suka dengan perkara yang menyenangkan seperti pujian dan kehormatan,tetapi belum tentu apa yang kita suka itu baik untuk kita.Sebaliknya banyak perkara yang kita tak suka itu baik pula untuk kita.Maka kita perlukan teman yang jujur untuk membentuk diri kita.
Menurut Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali,rahimahullah,ada 4 cara untuk memperbaiki dan muhasabah aib-aib kita;
i) Mendengar apa yang dikatakan oleh musuh kita.Musuh itu jujur berkata tentang diri kita kerana mereka memang menginginkan untuk menjatuhkan kita,maka semua kata-kata musuh tentang diri kita adalah benar.Dari kata-kata musuh,kita dapat mengambil pelajaran untuk muhasabah dan memperbaiki kekurangan-kekurangan kita.
Sebab itu ada kekasih yang berkata bahawa,
"Musuh itu gurumu."
ii) Bergaul dengan orang ramai,melihat akhlak-akhlak mereka,mengambil pelajaran daripada mereka dengan melihat aib-aib yang ada pada diri kita,dan memohon perlindungan kepada Allah kerana setiap perbuatan dan tingkahlaku buruk manusia itu merupakan pelajaran yang Allah tunjukkan kepada kita supaya kita memperbaiki segala aib dan kekurangan diri kita.
iii) Carilah teman yang boleh mensaihati kita apabila kita melakukan kesalahan,sepertimana saranan al-Imam al-Habib al-Haddad tersebut.Jika bertemu teman yang baik seperti itu,jangan sekali-kali lepaskan dan jangan sekali-kali tinggalkan dia.
iv) Mencari seorang ulama,shaykh al-murobbi yang boleh mentarbiyyah dan membimbing kita,di mana dia itu ahli zikir(yang dimaksudkan ahli zikir bukan orang yang banyak berzikir,tetapi orang yang banyak mengingati Allah sehingga apabila kita bersuhbah dengannya seperti sabda Rasulullah ﷺ,“Dia ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah (apabila kamu) melihatnya,;dan bertambah pada ilmumu (apabila mendengar) perbicaraannya;dan mengingatkan kamu kepada Allah (apabila melihat) amalannya.” ) dan ahli taqwa kepada Allah,kerana setiap perlakuan murobbi itu akan memberi kesan kepada diri kita.
Jika murobbi itu pendengki,maka yang keluar daripada madrasahnya adalah pendengki.
Jika murobbi itu ahli taqwa dan pencinta,maka yang keluar daripada madrasahnya adalah mencintai semua orang...sesiapapun dengan rasa mahabbah yang jujur.
waLlahua'lam...
Gambar milik:Tolahah Muda
.jpg)
.jpg)