Diceritakan oleh salah seorang guru kami,Tuan Guru Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah,hafizohullah,
Ada seorang lelaki soleh yang memiliki seekor burung tiung.Burung tiung itu diajarnya dengan ucapan 'Lailahailallah',sehingga setiap hari burung tiung itu bersuara mengucapkan kalimah 'Lailahailallah'.
Tidak lama kemudian burung tiung itu meninggal,dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sambil berbunyi,
"erk...erk...erk..."
Selepas burung tiung itu mati,si lelaki soleh itu menangis dan bersedih.Lalu ada orang berkata padanya,
"Jangan bersedih,nanti masih boleh cari lagi burung tiung yang lain."
Namun,jawapan yang diberikan oleh si lelaki soleh itu membuatkan kita bermuhasabah dan merenung sedalam-dalamnya...
Apa yang si lelaki soleh itu jawab?
Berkata si lelaki soleh itu,
"Aku tidak bersedih atas kematian burung tiung itu,tetapi aku bersedih kerana sepanjang hidup burung itu,aku telah ajarkan ia untuk mengucapkan kalimah Lailahailallah,dan si burung tiung itu selalu menyebut kalimah tersebut.Tetapi di akhir hayat burung itu,ia hanya berbunyi
'erk...erk...erk...'dan langsung tidak mengucapkan Lailahailallah,
sedangkan itulah kalimah yang selalu disebutnya sepanjang ia hidup.
Lalu aku merenung,bagaimana akhir hayatku nanti...aku bimbang jika akhir hayatku itu seperti si burung itu(nauzubillah)."
