-->

::Sayang,Selalu Sayang::

advertise here
kredit:WarnaIman Photography

Aku anak jati Terengganu.Aku menyayangi bumi sang penyu ini dengan sepenuh hatiku.Banyak kenangan selama aku hidup di bumi sang cinta ini.Di kampungku,masih lagi dapat menikmati angin petang yang nyaman sepoi-sepoi bahasa dari Laut Cina Selatan sana.Di sini aku masih lagi dapat menatap bintang-bintang malam berkelip indah nun jauh di langit sana,jauh dari kesibukan dan kebisingan.Yang ada cuma kegelapan malam yang ditemani sang bintang di sana.Kalau duduk di tepi pantai,lagi terasa keindahannya.

Di bumi ini juga aku mengenal erti cinta,suka dan duka.Di bumi ini aku mengenal erti kehidupan anak kampung yang di waktu petangnya bermain bola di tanah lapang merah yang berdebu bersama teman-teman sekampung,meredah paya dan belukar menangkap ikan dan berbasikal mengelilingi kampung sambil bergelak ketawa....di sinilah semuanya bermula.

Keaslian bumi sang penyu ini....bukan terletak pada kemajuan pembangunan..Yang menjadikan bumi sang cinta ini istimewa ialah keindahan pohon-pohon kelapa di sepanjang pantai yang indah menari ditiup angin senja,kampung-kampung nelayan yang dihiasi bot-bot tersusun rapi di tepian sungai...

Bumi ini bumi cinta.Sepanjang aku bertemu dengan para kekasih yang menziarahi bumi ini,mereka semua menyayangi dan sukakan bumi ini.Terengganu ini ada dalam hati mereka.Di sini juga aku mengenal pengajian tradisi ilmu agama.Sehingga kini,ia masih wujud.Di sini tempat aku mengenal apa erti suhbah dan khidmah.



Terengganu
Kredit:Warnaiman Photography

Bumi ini bumi istimewa.Bumi yang selalu hidup dalam hatiku.Banyak kenangan zaman kecilku di sini.Mungkin jejak-jejak bekas kenangan itu sudah tidak terzahir lagi,tetapi ia masih tersimpan rapi dalam nota takdir yang telah berlalu.

Kini...aku telah dewasa.Meskipun aku masih merangkak untuk menjadi seorang yang jujur dalam hidupku.Aku masih belum mampu untuk menjadi insan yang jujur.Masih jauh perjalanan hidupku.Tetapi aku harap,dengan berkat sang kekasih yang sudi membimbingku...semoga satu hari nanti aku diizinkanNya untuk menjadi seorang hamba yang jujur kepadaNya...

Dungun,Terengganu
Kredit:Warnaiman Photography


"Di antara perkara yang menghubungkan kita dengan syama'il Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam dalam hidup ini ialah 
Majlis Selawat,Majlis Mahabbah dan Majlis Tarbiyyah,serta majlis-majlis Ta'lim Ilmu seperti pengajian Ilmu Fiqh.
Jangan sesekali tinggalkan majlis-majlis ini kerana ia menghubungkan kehidupan kita dengan Sayyidina Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam."
[Mafhum pesan al-Habib Umar Ben Zein Ben Sumaith,hafizohullah untuk kita]

Click to comment