-->

::Rasa Cinta::

advertise here
Cinta itu selalu setia,cinta itu selalu jujur,cinta itu selalu indah dan bersih...
Yang silapnya kita,aku mungkin...hingga cinta itu kelihatan berdebu dan suram.
Cinta itu kita yang rasa,meskipun waktu terus jauh berjalan.Waktu akan berubah,namun cinta belum tentu.
Mungkin ia kekal meskipun ditelan waktu,
bagi yang setia dan menunggu.
Atau mungkin ia sudah tamat,yang tinggal hanya kenangan lalu...
bagi yang sudah melupakan.
Cinta itu sentiasa kuat,yang lemahnya kita...aku mungkin,
Sehingga cinta itu selalu kelihatan sedih,kelam dan terluka...
Kerana cinta tetap ada meskipun tiada jawapan,
Kerana cinta tetap hidup meskipun ada kisah-kisah luka yang pernah terukir...
Kerana cinta ialah cinta,
bukan kita yang bernama manusia.

Click to comment