-->

::Hijrah Cinta::

advertise here

Mengambil ibrah daripada peristiwa hijrah Rasulullah ﷺ dan para sahabat,pada hari ini,hijrah yang perlu kita hayati ialah berusaha untuk meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah dan kewajipan bagi diri kita untuk berubah...berubah ke arah yang lebih baik.Berubah untuk meningkatkan ilmu,amal dan kefahaman sebagaimana yang dituntut oleh Allah dan RasulNya.

Sabda Rasulullah ﷺ
"Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya."
[H.R.Bukhari,Abu Daud dan Nasa'i]

"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya doktor diperlukan untuk merawat sakit yang teruk. Ketahuilah, tiada sakit yang lebih dahsyat daripada kejahilan!"
[Khalifah Umar bin Abdul Aziz,rahimahuLlah]

Setiap daripada kita mengharapkan sinar baru,menanam keazaman yang baru untuk memulakan tahun yang baru.Kata Al-Imam Sayyidi Ibnu Ajibah Al-Hasani,rahimahuLlah

Hijrah ialah perpindahan dari negeri ke negeri....
Menjauhkan diri dari negeri menuju ke negeri....
Hijrah ialah perpindahan dari negeri maksiat ke negeri taat....
Atau dari negeri kelalaian ke negeri kesedaran....
Atau dari negeri jasmani ke negeri rohani....

Saya juga mengimpikan yang terbaik untuk kehidupan saya,seperti kehidupan orang lain.Yang terbaik untuk kita,ialah menjadikan insan-insan yang soleh sebagai inspirasi kehidupan kerana mereka adalah insan-insan yang hebat dan berpandangan jauh.


Saya ada seorang sahabat,baru berkenalan dengan beliau sewaktu beliau berkunjung ke rumah sahabat saya sejak sekolah rendah,Fahmi[Fahmi yang memperkenalkan saya kepada beliau] sewaktu Hari Raya Aidilfitri lepas.

Nama beliau Muhammad Faris Zulkharnane.Beliau merupakan antara sahabat Al-Fadhil AlHabib Syed Abdul Kadir AlJoofre.Walaupun beliau lepasan UiTM,bukan dari background pengajian agama,tidak pandai berbahasa Arab tapi sekarang beliau telah mengikut jejak langkah AlHabib Syed Abdul Kadir AlJoofre;beliau kini di Mesir untuk bertalaqqi dengan para masyaikh di sana.

Faris pernah berkata sewaktu beliau baru menghadiri majlis ilmu di Mesir,
"Seminggu sudah di bumi kinanah ini. Petang tadi saya ke pengajian hadis bersama Syaikh Muhammad Awad Al-Mangosh bersama-sama kawan baru dari Singapura. Saya hanya mampu tersenyum dan tersenyum. Tersenyum kerana tidak faham.

Teringat satu cerita yang pernah diceritakan oleh Habib Syed Abdul Kadir AlJoofre kepada saya, ketika beliau belajar di sebuah pondok di Madinah,pada awal beliau tiba di pondok, beliau juga seperti itu kerana kurang lagi menguasai Bahasa Arab dengan baik.
Namun beliau terus mujahadah untuk belajar dan akhirnya terus menerus menjadi antara pelajar terbaik ketika belajar. 

Mujahadah adalah adalah kunci untuk berjaya. Tidak hairanlah para ulama' dahulu begitu bersungguh dalam mencari ilmu. Sekiranya mereka boleh, sudah pasti saya juga boleh. InsyaAllah saya akan mengikut jejak langkah mereka. "

Insya Allah saya yakin beliau akan berjaya,dan saya bersyukur sebab dapat menjadi sahabat beliau.Saya kagum dengan beliau.

Saya termenung bersendirian.Saya mungkin tak mampu untuk mengikut jejak langkah Faris...tetapi anugerahNya siapa yang tahu.Jika kita tak mampu untuk mengikut jalan itu,pasti akan ada jalan lain yang terbuka untuk kita.Kata Al-Arifbillah Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani,rahimahuLlah
"Sesungguhnya jalan menuju Allah itu mengikut sebanyak bilangan nafas segala makhluk."

Semakin berlalu tahun,semakin kita dewasa.Kita mengharapkan kedewasaan kita bukan sahaja dari segi usia,tetapi kematangan kita dalam menjadi seorang hamba.Mujahadah yang menjadi kunci untuk kita berubah.Perubahan takkan datang bergolek jika kita tak berusaha.

Saya berharap,semoga saya dapat lebih kekuatan untuk berusaha menjadi lebih baik...dengan izin Nya.Sesungguhnya saya tak mampu untuk menjadi baik melainkan dengan izinNya....padaNya jua tempat saya berserah.


Sesungguhnya setiap zaman yang berlalu membawa kita menempuh pelbagai ujian.Sesungguhnya harga cinta itu mahal....Harga cinta tak pernah murah,kecuali apabila jatuh ke tangan-tangan orang yang tidak pandai menghargainya.

Cinta adalah kebahagiaan...
Orang yang tidak berbahagia jelaslah bahawa dia tidak memiliki cinta...
Cinta adalah menyintai keindahan...
Jika keindahan itu abadi maka kebahagiaan cintanya abadi....
Jika punah maka cintanya hilang....
Jika cinta kepada keindahan yang fana' dan tipuan,maka kebahagiaan yang dimilikinya palsu...
Tidak ada sesuatupun seindah Allah...

Jika mengenang masa-masa yang berlalu,semakin berlalunya masa....semakin banyak ujian yang datang pada kita untuk berubah.Dengan suasana sekeliling yang tidak banyak membantu...membuatkan kita selalu terjatuh....

Kita hanya insan biasa,padaNya jua kita meminta pertolongan.Saya,awak,dan mereka takkan mampu berjalan sendirian di sini,melainkan DIA yang membantu dan mengizinkan kita untuk terus bergerak.

Akhir kata....
Semoga permulaan hijrah ini memberi satu sinar kepada kita....sinar cinta yang indah untuk berubah menjadi lebih baik.Walau siapapun kita,walau seburuk manapun kita pada masa lalu...sesungguhnya Allah Maha Pemurah.
Siapa tahu,orang yang dulunya berakhlak buruk,pada hari ini dia lebih baik dan mulia pada kita....
Salam Hijrah...

Mujahadah itu pahit,berat dan terasa menyusahkan tetapi....
Untuk mendapatkan apa yang dicintai,perlu bersabar menempuh apa yang dibenci....
Senyum... :-)


Bila ALLAH menghalangmu daripada sesuatu, sebenarnya Dia ingin memberimu sesuatu yang lain. Oleh itu, jangan bersedih. Kerana "kesusahan itu diiringi dengan kesenangan. Kesusahan (yang sama) diiringi dengan kesenangan (yang lain pula)."

Bila ALLAH memberimu sesuatu, sebenarnya Dia ingin menghalangmu daripada sesuatu yang lain. Oleh itu, jangan terlalu gembira. Beristighfarlah, boleh jadi pemberian itu untuk melalaikanmu. Juga bersyukurlah, boleh jadi ia nikmat untukmu.

Beristighfarlah, kerana boleh jadi pemberian itu menambahkan dosamu.Juga bersyukurlah, boleh jadi pemberian itu menghalangmu daripada kufur.

Jika Dia menghalangmu, jangan bersedih. Jika Dia memberimu, jangan lupa diri. Dalam kedua-dua keadaan, teruskan tautan hatimu dengan-Nya supaya kamu faham bahawa Dia memberi atau tidak, Dia tidak pernah lupakanmu...

Click to comment