
-Rasulullah ﷺ merupakan insan yang sentiasa tersenyum kepada sahabatnya.Baginda ﷺ tidak akan berkata-kata tanpa senyuman.
-Rasulullah ﷺ jika tersenyum,akan bersinarlah keseluruhan dinding[yang bermaksud cahaya daripada wajah baginda ﷺ bersinar ke seluruh dinding yang mengelilingi baginda ﷺ.]
-Ada juga yang menggambarkan jika baginda ﷺ gembira,seolah-olah matahari dan bulan beredar di sekeliling dahi baginda ﷺ.Ia adalah gambaran yang indah kepada matahari dan bulan yang menunjukkan kepada cahaya baginda ﷺ yang bersinar,menenangkan dan penuh kerahmatan dengan senyuman lembut baginda ﷺ.
-Perkara yang indah tentang kehidupan baginda ﷺ ialah baginda sentiasa tersenyum iaitu pada kebanyakan waktu baginda ﷺ akan tersenyum sehinggakan ada sahabat berkata kepada Sayyidina Jarir,radhiyaLlahu 'anhu,
"Sejak aku memeluk Islam,Rasulullah ﷺ tak pernah membelakangkan aku dan baginda ﷺ tidak pernah melihatku melainkan baginda ﷺ sedang tersenyum."
Rasulullah ﷺ menjalani kehidupan dengan senyuman kepada para sahabat,para wanita,yang tua dan yang muda.
-Senyuman bukanlah suatu adat,ia merupakan ibadah.Rasulullah ﷺ bersabda,
"Senyumanmu pada wajah saudaramu merupakan sedekah."
-Akhlak baginda ﷺ yang selalu senyum ini menjadi ikutan dalam kalangan para sahabat.Betapa cintanya para sahabat pada Sayyiduna Rasulullah ﷺ,mengikut akhlak Rasulullah ﷺ sehinggalah pada senyuman baginda ﷺ.
-Di akhir hayat baginda ﷺ,suatu masa baginda ﷺ melihat dan mendapati para sahabat baginda ﷺ berjemaah menunaikan solat subuh maka baginda ﷺ menjadi senang hati lalu baginda ﷺ mengukirkan senyuman.Para sahabat yang melihat senyuman itu berkata,
"Kami hampir hendak berhenti daripada solat."[Bermaksud mereka terlalu mencintai Rasulullah ﷺ dan juga senyuman baginda ﷺ yang membuatkan mereka hampir berhenti solat hanya kerana senyuman baginda ﷺ.Dan itulah perkara terakhir tanda perpisahan Nabi ﷺ dan para sahabat,iaitu dengan senyuman tersebut.]
Pada hari kewafatan baginda ﷺ,ketika kesakitan yang diibaratkan kesakitan yang ditanggung oleh 2 orang pemuda menjengah baginda ﷺ,namun ketika baginda ﷺ menyelak tabir dan melihat umatnya,baginda ﷺ tersenyum;senyuman ini luar biasa dan dinamakan senyuman perpisahan.
-Jika seseorang memahami erti senyuman yang diukirkan pada bibir Rasulullah ﷺ dengan penuh kasih sayang,dia akan tahu makna hidup yang penuh dengan senyuman seperti Rasulullah ﷺ.Senyuman itu merupakan ikutan yang berkait rapat dengan senyuman perpisahan seperti yang diajar oleh baginda ﷺ pada pandangan terakhir baginda ﷺ sahabat baginda ﷺ.
Senyumlah,itu sunnah.....daripada kalam AlHabib Muhammad As-Saqqaf,hafidzhahuLlah...
Senyum....dan sebarkan salam.Kata Habibana Syeikh Abdul Razak Al-Misri,hafidzhahuLlah,
"Sebarkan salam.Mulakan memberi salam kepada orang lain dapat melatih diri kita untuk menjadi tawadhu'..."