Petang ini seperti petang-petang yang berlalu;hujan.Hujan yang turun mendamaikan jiwa.Damai kerana setiap 'suara' hujan yang turun itu merupakan alunan alam yang memuji kebesaranNya....setiap yang menenangkan dan mendamaikan jiwa kita untuk mengingatiNya adalah alunan suara yang sentiasa memujiNya.

Ulama'-ulama' terdahulu sentiasa memanggil guru-guru mereka dengan nama Kekasih.Dinamakan Kekasih kerana para ulama' dan para Auliya' itu apatah lagi para Anbiya' itu sendiri ialah kekasihNya.Mereka adalah kekasih yang menghubungkan kita dengan Sang Kekasih Yang Maha Pengasih.
Kekasih mengajar kita untuk tidak terpedaya dengan kemanisan dunia yang sementara ini,agar setiap langkah kita,setiap kerja kita hanya semata-mata kerana Allah,bukan kerana selainNya.Sehingga kehidupan kita hanya keranaNya...dan para kekasih mendidik kita cara bersahabat,cara menjalani kehidupan yang membawa kita istiqamah pada jalanNya.
Sayyidi Syeikh Abul Hasan al Syazuli رضى الله عنه pernah berkata:
"Kekasihku(guruku) berpesan kepadaku,"Jangan kamu melangkahkan kaki kecuali ke tempat yang kamu harapkan pahala Allah padanya. Jangan kamu duduk kecuali di tempat yang kebiasaannya aman daripada maksiat. Jangan berkawan kecuali dengan orang yang membantu kamu mentaati Allah. Jangan memilih teman buat diri sendiri kecuali orang yang menambahkan keyakinan kamu kepada Allah dan golongan sebegini sedikit sekali wujudnya."Atau yang semakna dengannya."
Kata-kata di atas kelihatan ringkas tapi padat dan menyeluruh,kerana di dalamnya ada didikan untuk kita tentang bagaimana menjalani kehidupan agar sentiasa membawa kita mengingatiNya.
Di antara ciri para kekasih,ialah mengingatkan kita kepadaNya bila kita melihat wajahnya.
Sayyidi Abdullah bin Al-Mubarak,seorang kekasih Allah menggambarkan keadaan beliau apabila bertemu dengan Imam Fudhail bin 'Iyadh,
“Jika aku melihat Al-Fudhail,muncul rasa sedih dalam diriku.Kesedihan yang tiba-tiba kurasakan begitu lain dari yang lain.Aku tiba-tiba seperti benci terhadap diriku sendiri.Maka saat itu juga, aku tidak bisa lagi membendung esak tangisku.”
Seorang ulama yang bernama Ishaq bin Ibrahim Ath-Thabari pernah menuturkan.
“Aku belum pernah melihat seseorang yang lebih memperlihatkan rasa takutnya kepada Allah dan tidak berharap sesuatu kepada manusia,selain Al-Fudhail. Ketika beliau membaca Alquran, dibacanya firman Allah itu dengan lambat, syahdu, dan begitu menyentuh hati. Seolah-olah beliau sedang berbicara dengan seseorang.Ketika beliau membaca ayat-ayat tentang syurga, beliau membaca ayat itu berulang-ulang kali, seraya memohon doa kepada Allah untuk mendapatkannya.”

"Seseorang itu mesti memiliki ilmu di mana dia berada di dalamnya."
[Al-Arifbillah Syeikhna Sayyidi Asy-Syarif Rohimuddin Nawawi Al-Bantani,hafidzhahuLlah]
Jalan untuk mengenal para kekasih itu ialah dengan ilmu.Dengan ilmu kita akan mengenal siapa para kekasihNya dan dengan kenal,maka kita akan mencintai mereka.
Kata Sayyidi Al-Habib Hassan Al-Kaaf,
"Sebaik-baik nikmat adalah menuntut ilmu."
Di antara do'a beliau,
اللهم ارزقنا الهمة العالية
" Ya Allah Ya Tuhan kami kurniakanlah kepada kami himmah (semangat) yang tinggi ".

Salah satu buku yang terbaik untuk kita mengenal kelebihan ilmu dan ulama'..

"Aku melintasi sebuah rumah kekasih dan aku tidak melihat cahaya lampu yang paling indah di tempatku melainkan cahaya lampu dari rumahnya.
Sesungguhnya para kekasih itu ibarat bintang yang berkelipan di langit menerangi kegelapan malam...."
"...Sampailah suatu saat nanti permukaan ini akan kosong dari ulama'.Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini.Alam penuh dengan kesesatan.Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup.Sebenarnya,'alim ulama'lah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini.Maka apabila telah pupus 'alim ulama',hilanglah segala sesuatu yang bernilai."
Hargailah para ulama' dan para kekasihNya,semoga Allah menjadikan kita daripada kalangan hambaNya yang apabila Allah menghendaki hambaNya dengan kebaikan,maka Allah akan menjadikannya faqih dalam agama....