Dua tiga hari ini hujan lebat mula melanda bumi Terengganu.Sekarang pun hujan lebat masih belum berhenti dari senja hingga ke malam ini.Terasa bahang musim tengkujuh ini,suasana sejuk...nyaman,tenang dan menghiburkan..menghiburkan kerana alunan suara alam indah berbunyi menceriakan suasana.

Beberapa hari lagi akan memulakan hidup baru,jalan menuntut ilmu.Meskipun dalam hati ini terasa juga berat untuk meninggalkan keluarga tercinta,terutamanya adik bongsu yang manja.Teringat kata-katanya tadi,sambil berbaring di sebelah...
"Abang long,kenapa abang long pergi sambung belajar?Kenapa abang long tak duduk saja kat rumah?"
Tersenyum sambil membelai rambutnya,saya berkata,
"Abang long bukannya lama pun pergi,belajar cuma 3 tahun je.Lagipun nanti abang long baliklah selalu..."
Walau terasa berat,saya tersenyum sendirian dan hati ini teringat kalam hikmah Sayyidi Al-Habib Syed Abdul Kadir AlJoofre,
"Untuk mendapat apa yang dicintai,bersabarlah menempuh apa yang dibenci."

Semalam,setelah meminta izin dengan guru tercinta,Ustaz Ahmad Munif Mohd Amin Al-Azhari untuk menyambung perjalanan menuntut ilmu,memohon izin dan doa daripada beliau.Ulama' muda Dungun.Beliau seorang Azhari dan bertariqat Qadiriyyah wa Naqsyabandiyyah.Selalu menggabungkan tasawwuf dan haraki dalam setiap kuliah beliau,apatah lagi beliau ialah Ketua Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda Pas Dungun.Sebelum ini pun,saya telah meminta izin daripada beberapa orang guru tercinta untuk menyambung pengajian.Semoga mendapat barakah daripada kemuliaan mereka.
Kami pernah mendengar huraian salah satu hadith daripada kitab Riyadhus Shalihin,antara adab seorang murid ialah meminta izin daripada gurunya jika ingin ke sesuatu tempat yang jauh seperti menuntut ilmu,bermusafir sebagai contoh.
Jika orang bertanya saya kenapa saya amat menyayangi kampung saya,jawabnya kerana ia begitu menenangkan.Dikelilingi hutan rimba Bukit Bauk,Muara Sungai Dungun,Pantai Teluk Lipat dan Tasik Teluk Gadung;cukup lengkap sebagai penghias alam.Juga para ulama' dan majlis ilmu mereka.Suatu masa dahulu daerah ini menjadi tempat berkumpulnya para ulama'.Antara ulama' yang terkenal sehingga diabadikan nama beliau ialah Tuan Guru Haji Zainal Abidin,anak murid Tok Kenali.Dahulunya,penuh pondok dibina disepanjang pantai kerana ramai yang datang dari seluruh pelusuk negeri untuk menimba ilmu dari beliau,rahimahuLlah.Dan hari ini,Dungun masih subur dengan ulama',majlis-majlis tasawwuf,fiqh,hadith dan lain-lain begitu mekar tumbuh...
walaupun Dungun tidaklah begitu terkenal bagi saya,namun ia istimewa;amat istimewa......entah,suasana Dungun begitu menenangkan..Kata seorang ulama',
"Terengganu itu terzahir pada "ahwaal" nya (ketenangan dan keamanan itu amat terasa dengan pemandangan indah serta suasana harmoni kehidupan masyarakat negerinya)."

Rindu dan sayang,itu fitrah.Kerana kita diciptakan penuh dengan cinta dan kasih sayang.....namun perpisahan itu terkadang membuatkan rindu dan sayang kita semakin mekar di hati....Saya tak pernah melihat sesuatu yang lebih indah daripada cinta...Cinta membuatkan kita saling menyempurnakan,dalam perjalanan sebagai pengembara menuju ke alam akhirat.
Berkata Syeikhuna Al Habib Yusuf Muhyuddin Al-Bakhour Al-Hasani,hafidzhahuLlah,
"Kita semua saling menyayangi.Saya yakin.Tapi setiap daripada kita ada komitmen dalam hidup masing-masing.Soal rindu memang besar tetapi tanggungjawab itu lebih besar dari perasaan peribadi.Kadang-kadang manusia itu memang akan tersiksa dengan cinta,tetapi itulah yang lebih mengindahkannya(rasa cinta)...akhirnya, kita perlu bersedia menjawab apa-apa yang Allah akan tanyakan di hadapanNya nanti.."
Berkata Syeikhuna Asy-Syarif Rohimuddin Nawawi Al-Bantani Al-Husaini,hafidzhahuLlah,
"Semua hati bercerai berai kecuali yang saling mencintai kerana Allah, kerana tempat tinggal mereka syurga (dunia dan akhirat)."
Semoga setiap langkah kita adalah untukNya....
Semoga langkah kita hanya menuju akhirat...
Di mana pun Engkau letakkanku ya Allah,jangan putuskan aku dari menuntut ilmu...
Di antara pemberiannya yang terbesar...Dia hadirkan dalam hidup kita para kekasihNya...
Kembali Pada Cinta....ayuh pilih mahabbah!
"Perpisahan itu hanya berada di dalam diri-diri yang mencintai dengan mata zahir mereka, sedangkan bagi mereka-mereka yang mencintai dengan roh dan hati,tiada terdapat sedikit pun yang dinamakan perpisahan..."
[Al-'Arifbillah Al-Imam Jalaluddin Ar-Rumi,rahimahuLlah]