Seketika di petang yang tenang semalam,terlintas di hati apabila melihat layang-layang terbang megah di angkasa sana.....setiap permulaan untuk melangkah dalam hidup ini pasti tak mudah..pasti pada permulaannya,ada susah payahnya,seperti layang-layang yang terbang tinggi di atas sana.Kalau tak berpenat-penat berlari di padang,ia takkan terbang tinggi di angkasa.

Begitu juga dengan hidup kita,ujian demi ujian yang kita lalui dalam kehidupan...jika ditempuh dengan sabar dan redha,pasti akan muncul kemudahan di masa akan datang.Saya masih ingat sewaktu mula-mula ingin menjejakkan kaki untuk masuk ke alam sekolah rendah.Mulanya,rasa berat sampaikan tak nak masuk ke kelas.Namun,akhirnya sampai ke hari ini kenangan itu pula yang buat saya rindu..memang setiap permulaan itu susah,tetapi insya Allah di akhirnya ada kejayaan dan kemudahan... :-)
Pernah saya membaca buku, "Mudahkan Jangan Susahkan" nukilan Syed Alwi AlAtas,tertulis,
"Sesungguhnya bersabar daripada larangan-larangan Allah itu lebih mudah daripada bersabar atas seksaNya.Sesungguhnya tidak ada orang yang akan mampu bersabar atas seksaNya di akhirat kelak."
menunjukkan sepayah-payah jalan yang kita lalui dalam hidup ini lebih mudah untuk kita hadapi berbanding seksa di akhirat kelak yang mana seksa di akhirat kelak,tiada beza antara sabar dan ketidak sabaran...
"Hikmah Allah menetapkan bahawa pelbagai hal yang tidak menyenangkan menjadi penyebab kenikmatan dan kelazatan serta kebaikan."Betapa senangnya orang yang diberikan keselamatan setelah sebelumnya diberikan pelbagai macam ujian dan cubaan."
[Ibnu Qayyim Al-Jauzi]

Semalam,sewaktu mendengar rakaman huraian matan Hikam Sayyidi Ibn Atha'iLlah As-Sakandari rahimahuLlah,Syeikhu Syeikhna Al-Imam Ali Jum'ah,hafidzhahuLlah berkata,
"Antara punca kita mudah berputus asa dalam hidup ialah kerana kita bergantung kepada amal,tidak bergantung kepada Tuan punya amal(Allah).Sekiranya kita bergantung kepadaNya semata-mata,pasti kita tidak mudah berputus asa dalam hidup apabila tersilap langkah atau terjatuh ke dalam maksiat...malah kita akan terus bangkit,bertaubat kepadaNya dengan sifat raja' [harap] yang tinggi untuk mendapatkan keampunanNya seterusnya berusaha untuk menjaga diri kita dengan istiqamah melakukan ketaatan kepadaNya."
Kata beliau lagi,hafidzhahuLlah,
"Apabila seseorang itu bergantung kepada amal,akan mudah muncul perasaan takabbur dalam hatinya kerana dia merasakan kebaikan yang dilakukan itu adalah 'miliknya' sedangkan penerimaan amal seseorang itu ialah menurut perkenan dan rahmatNya."
Untuk ubati luka dan kesusahan yang kita lalui...jom kita hadir ke majlis ilmu..semoga dengan berkat bersama para kekasih,kita dapat juga menjadi sebahagian daripada mereka...Bersuhbah dengan orang-orang soleh merupakan salah satu ubat hati...
^_^


