-->

::Bulan Cinta::

advertise here
Ahlan wa sahlan ya Rabi'ul anwar...bulan yang penuh dengan cinta.Sesuatu itu menjadi istimewa kerana ada sesuatu yang mulia di dalamnya.Maka,bulan Rabi'ulawwal ini menjadi mulia yang penuh dengan keagungan kerana di dalamnya terkandung bulan kelahiran insan istimewa yang teragung,iaitu kekasih kita Sayyidina wa Habibina Muhammad ...


Betapa indahnya cinta,sehingga kemuliaan cinta itu tersebar wangiannya menyelubungi alam sebagai rahmat.Sesungguhnya rahmat itu juga bermaksud buah kasih dan cinta...


وَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةً۬ لِّلۡعَـٰلَمِينَ
[Q.S.Al Anbiya’:107]
"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad ),melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Iaitu diutuskan Sayyidina Rasulullah rahmat[buah kasih dan cinta] yang membawa utusan cinta bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada seluruh alam.Jika Al-Qur'an itu surat cinta,maka Sayyidina Rasulullah itu sendiri sebagai cinta....

Kata ulama'...

Maka,wajarlah untuk kita bergembira dan berkumpul untuk menyambut kelahiran baginda .Rasulullah itu ada di hati kita,tidak di mana-mana.Maka berkumpulnya kita dalam majlis selawat dan mahabbah demi mengungkapkan kegembiraan atas nikmat yang terbesar di sisi Allah,iaitu Sayyidina Rasulullah  merupakan masyru' iaitu perintah daripada Allah sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Qur'an,

قُلْ بِفَضْلِ اللّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُواْ هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ
[Q.S.Yunus:58]

Ulama' mentafsirkan  'fadhl' itu dengan makna Al-Qur'an dan ada juga ulama' yang mentafsirkannya dengan makna Islam..ada juga ulama' mentafsirkan 'fadhl' itu sebagai Sayyiduna Rasulullah  kerana baginda  sebagai insan yang membawa Al-Qur'an dan Islam di mana Al-Qur'an dan Islam itu yang menjelaskan kemuliaan Sayyiduna Rasulullah ...maka kurniaNya yang dekat dengan hati kita ialah Sayyidina Rasulullah ...Di akhirat nanti,baginda  menjadi insan pertama yang memberi syafa'at dan baginda  juga insan pertama yang akan masuk ke syurga.

"Jika benar engkau mencintai Allah,maka ikutilah aku..."
[maka engkau akan dapat cinta yang Allah kurniakan kepadamu melalui ittiba' pada Sayyidina Rasulullah  kerana bagindalah habib(kekasih) Allah.]

Kata Sayyidina Anas radhiyaLlahu 'anhu,
"Tidak ada kata-kata yang paling aku suka melainkan sabda Rasulullah ,'Seseorang itu akan bersama dengan apa yang ia cintai.'..."

Ketika Sayyidina Yusuf Alaihissalam menjadi raja,ditanya kepadanya,
"Apa yang engkau inginkan?"

Maka jawab Sayyidina Yusuf Alaihissalam,
"Jika ditanya apa yang aku inginkan,maka aku ingin menjadi umat Sayyidina Muhammad ﷺ."



Selamat menyambut bulan cinta...Sebarkan mahabbah!

Click to comment