-->

::Ajaibnya Cinta....::

advertise here
Ada sebuah kisah yang indah,diceritakan oleh kekasih dan guru kami,hafidzhahuLlah...

Satu ketika,seorang sufi yang bernama Al Imam Abul Hassan Al-Nuri,rahimahuLlah dijemput untuk menghadiri satu ijtimak ulama' yang sedang membahaskan ilmu menurut Al-Qur'an dan hadith.Ketika para ulama' sedang sibuk membahaskannya sedangkan ulama' sufi ini hanya duduk diam sambil menundukkan kepalanya.Melihat kelakuan Al-Imam Abul Hassan Al-Nuri,rahimahuLlah,ulama'-ulama' itu pun berkata,
"Kamu dijemput untuk berdebat di sini,tetapi kenapa kamu tidak ikut sama berhujah?"

Lalu,dijawab oleh Al-Imam,
"Saya hairan mengapa kalian membaca Al-Qur'an dan hadith tetapi kalian bergaduh sesama kalian."

Lalu,beliau mengungkapkan sebuah sya'ir,
"Burung itu berkata-kata dan aku tidak memahaminya....
Aku berkata-kata sedang burung itu pun tidak memahami kata-kataku...
Tetapi apabila burung itu bersedih,aku dapat merasakannya(melalui kicauannya)....
Dan jika aku bersedih,burung itu juga dapat merasakannya..."

Mendengar sya'ir yang dilantunkan oleh Al-Imam,lalu semua ulama' itu pun menangis....

Ilmu...adakalanya menjadi hijab kepada hati...apabila kita merasakan ilmu itu 'milik kita',apabila kita merasa 'kepandaian itu kepandaian kita'...maka ia boleh menjadi hijab kepada hati kita sedangkan hati yang indah ialah hati yang tidak bergantung pada dirinya.Hati yang hanya bergantung pada Tuhannya....

Maka kembalikan semuanya kepada Allah,semuanya daripada Allah....kerana sesuatu itu hanya bermanfaat jika dilakukan kerana Allah...Menuntut ilmu kerana Allah,membaca ilmu kerana Allah dan apa saja perkara mulia dilakukan kerana Allah.




Apabila seseorang itu mendapat akhlak yang sempurna,itu adalah semuanya daripada kesempurnaan akhlak Sayyidina Rasulullah  yang ditampilkan oleh Allah kepada diri seseorang...tidak ada sesuatupun kemuliaan dan akhlak yang kita dapat melainkan semuanya daripada Sayyidina Rasulullah .Sesungguhnya,cinta adalah sumber segala kemuliaan.

Sebelum kita memuji Sayyidina Rasulullah ,Allah telah memuji baginda  dalam ilmuNya yang qadim lagi azali melalui firmanNya,

وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ
[Q.S.Al-Qalam:4]
"Dan bahawa sesungguhnya engkau(wahai Muhammad ),mempunyai akhlak yang mulia."

Sayyidina Rasulullah  bersabda,
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik."
[H.R.Al-Bukhari dan Al-Hakim]

Sayyidatina Aisyah,radhiyaLlahu 'anha berkata,
"Sesungguhnya akhlak baginda  adalah Al-Qur'an,"

Imam Athiyyah,radhiyaLlahu 'anhu berkata,
"Akhlak baginda  adab Al-Qur'an."

Imam Junaid Al-Baghdadi,radhiyaLlahu 'anhu,berkata,
"Dinamakan akhlak baginda  akhlak yang agung kerana tiada yang menjadi keinginan(semangat) dan kehendak baginda  Allah."


Imam Al-Bushiri,rahimahuLlah dalam qasidah beliau yang masyhur menukilkan bait-bait indah yang berbunyi,
"Para nabi dan wali,semuanya mengambil daripada ilmu Baginda ,sama ada satu cebok daripada lautan ilmunya  atau satu teguk daripada ilmunya  yang melimpah-ruah seakan-akan hujan yang lebat."


Sebelum kami menutup nukilan daripada para masyaikh kami yang tercinta,kami ingin mengungkapkan sebuah kata tentang ajaibnya cinta......Kata Sayyidi Al-Imam Ibn 'Arabi,rahimahuLlah,
"Orang yang beragama[melaksanakan agama] dengan solat,puasa,amal solehnya...silakan,tetapi agamaku ialah cinta,duniaku adalah cinta.[iaitu Imam Ibn 'Arabi,rahimahuLlah melakukan ibadah kepada Allah kerana cinta...Kerana cinta itu selalu memberi,tidak pernah meminta....Kamu memberi semuamu kepada kekasihmu(Allah)...]

Cinta itu membuatkan hati menjadi letih dan badan menjadi panas...
Tetapi dengan cintanya dia tak ingin keluar dari keletihannya...
Cinta itu menderita...
Tetapi dengan cintanya dia tidak ingin keluar dari penderitaannya.....

Click to comment