-->

::Hidupkan Cinta::

advertise here

Pesan Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki,hafidzhahuLlah,beliau selalu menegaskan untuk sentiasa melazimi kehidupan dengan menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah .

Kata Syeikh Nuruddin,antara sunnah Rasulullah yang paling mudah untuk diamalkan ialah sentiasa mendahulukan yang kanan dalam apa jua perkara mulia,akan mendapat pahala tayammun(mengutamakan yang kanan)seperti memakai cincin,memakai jam tangan dan lain-lain,niatkan untuk mencontohi baginda .

Satu perkara sunnah boleh menjadi asbab untuk membawa seseorang kepada syurga.Di antara sunnah yang ditekankan oleh Syeikh Nuruddin Al-Banjari lagi,setiap kali selepas menunaikan solat Subuh dan Maghrib,sambil masih duduk dalam keadaan tahiyyat akhir dan dalam keadaan belum berkata-kata,dibaca,

لا اِلهَ اِلاَّ اللّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَ لَهُ الْحَمْدُ وَ هُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
sebanyak 10 kali dan dibaca,

اللهم أجرنا من النار

sebanyak 7 kali

Di antara pesan Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari lagi,antara adab yang dididik oleh Syeikh Ismail Zein Al-Yamani ,Syeikh Hassan Masysyath dan para masyaikh beliau,
Ketika nak berwudhu',singsing/lipat lengan baju di bahagian kiri dahulu,selepas berwudhu',lepaskan lengan baju yang kanan dahulu.

Pesan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid,hafidzhahuLlah,
"Hati kita mudah menjadi keras kerana ada jarak antara kita dengan Sayyidina Rasulullah .Untuk jadikan Sayyidina Rasulullah  sentiasa dekat dengan kita dalam hidup ini ialah dengan sentiasa mengamalkan sunnah baginda ,hati kita pun mudah jadi lembut..."

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku bermakna dia mencintaiku.Sesiapa yang mencintaiku,dia akan bersama-samaku di syurga."
[Al-Hadith]


Diceritakan oleh AlHabib Ali Zaenal Abidin AlHamid,hafidzhahuLlah,
'Satu ketika Sayyidina Rasulullah   berdoa kepada Sayyidatina Aisyah radhiyaLlahu 'anha,
"Ya Allah,ampunkan dosa Aisyah yang dahulu dan yang kemudian,yang nampak dan yang tidak nampak."
Mendengar doa baginda  Sayyidatina Aisyah radhiyaLlahu 'anha berasa amat gembira dan berbunga-bunga hatinya kegembiraan lalu Rasulullah  bertanya kepada Sayyidatina Aisyah radhiyallahu 'anha,
"Adakah kamu gembira dengan doaku tadi?"
Sayyidatina Aisyah radhiyaLlahu 'anha mengiyakannya dengan hati yang gembira.Lalu baginda  bersabda,
"Doa inilah yang selalu aku ungkapkan untuk umatku setiap malam."
Inilah ungkapan doa Nabi ﷺ setiap malam menangis memohon supaya diampunkan dosa umatnya.

Kata Syeikh Nuruddin Al Banjari,hafidzhahuLlah,
"Sepatah kata doa baginda   kepada seseorang saja sudah dapat membahagiakan orang yang didoakannya itu."


Ketahuilah,prinsip Sayyiduna Rasulullah  bermuamalah dengan orang lain ialah berakhlak ihsan,iaitu memberikan hak yang sepatutnya kepada orang lain tetapi bersedia memaafkan untuk hak diri baginda.Akhlak ini tersimpan dalam buah rahmat yang terdapat dalam hati baginda ....sesungguhnya Sayyidina Rasulullah 
 menyayangi umat baginda MELEBIHI cinta umat kepada baginda
 
...

Click to comment