-->

::Secawan Kebahagiaan::

advertise here
Tanpa sebab,tanpa alasan,entah mengapa petang ini saya rasa tenang.Tenang kerana saya ingin bahagiakan diri saya sendiri dengan menulis sesuatu yang akan turut membahagiakan orang lain.

Kita hidup sebenarnya bukan untuk diri kita saja,tapi untuk kebahagiaan orang lain.Saya menulis di sini bukan untuk diri saya,tetapi untuk diri orang lain...sama ada mereka ingin membaca atau tidak,saya tetap akan menulis di sini....atau di mana saja tempat di mana saya diperlukan.Kita akan bahagia bila kita membahagiakan orang lain.Percayalah...

Orang yang membalas kebencian dengan kebencian,tidak ada bahagia datang kepadanya...
Orang yang membalas kebahagiaan dengan kebencian juga,tidak akan ada kebahagiaan untuknya...
Bahagia itu wujud bila dibalas juga dengan cinta dan kebahagiaan...


Untuk membahagiakan diri kita dan diri orang lain,kita perlukan hati..hati yang memahami cinta..Semua yang membahagiakan itu puncanya dari hati.Menulislah dari hati.....apa saja yang datang dari hati,jika ia membuatkan orang lain bahagia dan terubat hatinya daripada setiap kelukaan.Kita bahagiakan setiap hati-hati yang terluka,dalam masa yang sama hati kita yang sakit dan terluka turut gembira dan terubat.

Sama ada pahit atau manis jalan hidup yang kita lalui,hati kita jua merasai semua itu...
Sama ada pahit atau manis jalan hidup ini,lalui saja...kerana di sana ada cinta yang perlu kita pelajari dan hargai.

Saya menulis hari ini kerana saya rasa bahagia......bukan kerana saya kaya,bukan kerana saya ada rumah besar,bukan kerana saya ada kereta besar...saya tidak memiliki semua itu.
Saya cuma gembira kerana hari ini saya memiliki sekeping hati yang bahagia...ia begitu banyak memberi semangat kepada saya.. :-)

Jika hidup saya hari ini senang,saya akan melaluinya....
Dan jika hidup saya hari ini sukar sekalipun,saya tetap akan melaluinya...
Kerana kehidupan kita di dunia yang sementara ini cuma ada dua...
Sama ada senang ataupun susah...
Itulah yang selalu datang dan pergi dalam hidup kita...


Jika kita tidak berpuas hati sekalipun dengan kesenangan dan kesusahan yang kita hadapi,
ia tetap datang dalam hidup kita....
Jadi,lalui saja.......
Jika ada orang berkata,hidup ini ialah persaingan....
Sehingga wujud perasaan pentingkan diri sendiri...

Tetapi kami ingin melalui kehidupan ini dengan cinta....
kerana persaingan itu meletihkan....
Tetapi jika dengan cinta yang diberi..
semua orang akan bahagia....

Ingat,jangan cuma hidup untuk diri sendiri,tetapi hiduplah untuk membahagiakan orang lain.Kita akan merasai bahagianya hati kita bila kita menggembirakan hati-hati yang lain..
Hati itu anugerah...
Dengan hati kita mengenal cinta dan bahagia....
Hargailah hati dengan secawan kebahagiaan yang dituangkan ke dalamnya...

^_^


Click to comment