Dalam bab cinta dan rumahtangga,Sayyiduna Al Habib Rasulullah ﷺ adalah insan yang paling lemah lembut,baik hati,terbaik dan sangat pemurah dalam setiap urusan hidup baginda ﷺ.Jika ingin mencari tentang cinta dan kesetiaan,kita akan menemui cinta baginda ﷺ kepada Sayyidatina Khadijah,radhiyaLlahu 'anha.Pernah satu ketika baginda ﷺ menyembelih seekor kambing dan bersabda,
"Ambillah sembelihan ini dan bahagikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah."
Diriwayatkan oleh Syeikh Yusuf Ismail An-Nabhani,rahimahuLlah,apabila Sayyidina Rasulullah ﷺ dikurniakan suatu hadiah,baginda ﷺ akan berpesan,
"Bawalah hadiah ini ke rumah si Fulanah kerana dia adalah teman baik kepada Khadijah dan dia amat menyayangi Khadijah.

Sayyidina Al Habib Rasulullah ﷺ pernah membersihkan rumah.Baginda ﷺ juga menjahit sendiri pakaian baginda ﷺ,baginda ﷺ menampal sendiri pakaian baginda ﷺ dan baginda ﷺ juga mengikat sendiri sarung pedang baginda ﷺ.Berkata Sayyidatina Aisyah,radhiyaLlahu 'anha,
"Di rumah,baginda ﷺ seperti kami semua.Baginda ﷺ bergurau senda,makan bersama kami dan memebersihkan rumah."
Sayyidatina Aisyah,radhiyaLlahu 'anha berkata lagi,
"Selagi belum azan,seolah-olah kami tidak tahu baginda ﷺ ada."
Sayyidina Al Habib Rasulullah ﷺ apabila bersama dengan keluarga,baginda ﷺ akan menunaikan hak baginda ﷺ sebagai ketua keluarga dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.Diriwayatkan,baginda ﷺ pernah keluar berlumba berkali-kali dengan Sayyidatina Aisyah,radhiyaLlahu 'anha.Berkata Al Habib Muhammad Abdul Rahman As-Saqqaf,hafidzhahuLlah,
"Jika hendak berbicara tentang keindahan cinta,renungilah kehidupan Rasulullah ﷺ."
Sayyidina Rasulullah ﷺ tidak pernah menganggap bahawa wanita itu sebagai beban.Pernah satu ketika,salah seorang isteri baginda ﷺ(dikatakan bahawa isteri baginda ﷺ itu ialah Sayyidatina Safiyyah,radhiyaLlahu 'anha) ingin menaiki unta tetapi tidak berjaya,lalu Sayyidina Rasulullah ﷺ merendahkan diri baginda ﷺ untuk memudahkan Sayyidatina Safiyyah naik ke belakang unta tersebut.Berkata Al Habib Muhammad Abdul Rahman As-Saqqaf,hafidzhahuLlah,
"Kita boleh bandingkan situasi ini pada hari ini dengan membuka pintu kereta untuk isteri.Sesiapa yang rela hati membantu membukakan pintu untuk isterinya,dengan meniatkan untuk mengikuti sunnah baginda ﷺ."
Berkata Al Habib Muhammad bin Abdul Rahman As-Saqqaf,hafidzhahuLlah lagi,
"Peratus wanita di dunia yang didera oleh suami mereka adalah antara 50-60%.Dalam riwayat hidup Sayyidina Al Habib Rasulullah ﷺ,baginda TIDAK PERNAH walau sekalipun memukul wanita sepanjang hidup baginda ﷺ.
Jika seseorang menganggap dirinya lelaki lalu memukul wanita,dia pun merasakan dirinya kuat,katakan kepadanya,
'Lelaki yang 1000 kali lebih kuat daripada engkau(Rasulullah ﷺ)tidak pernah mengangkat tangannya ke muka wanita,padahal bagindalah ﷺ insan yang paling sempurna.'..."
Berkata Syeikhuna Al-'ArifbiLlah Al-Habib Yusuf Al-Hasani,hafidzhahuLlah,
"Yang dikatakan lelaki itu terletak pada kemuliaan akhlaknya,bukan pada kekuatan kaki dan tangannya.
2 perkara yang boleh menjatuhkan darjat lelaki,
i-Mengangkat suara di dalam rumahnya dan mengugut(mengancam) pasangannya sehingga mengangkat kaki dan tangan untuk memukul isterinya.Ini keluar daripada batasan mendidik.Jika kamu teliti dalam mana-mana pun kitab hadith,TIDAK PERNAH sama sekali Sayyidina Rasulullah ﷺ mengangkat tangan dan tongkat untuk memukul wanita...TIDAK PERNAH.
ii-Mengugut dan mengancam untuk sentiasa menceraikan isterinya.Ini lelaki yang lemah(akhlaknya).Sedangkan dalam syariat diperintahkan untuk bermuamalah dengan isteri dengan cara yang baik dan berpisah juga dengan cara yang baik."

Sesungguhnya bagindalah ﷺ seorang yang mengambil berat,sabar,penyayang,sentiasa tersenyum jika berjumpa dengan ahli keluarga baginda ﷺ,suka bergurau senda dengan kanak-kanak,isteri dan keluarga baginda ﷺ dan setiap gurauan baginda ﷺ sentiasa melibatkan perkara-perkara yang benar..Baginda ﷺ juga sentiasa memanggil isteri-isteri baginda ﷺ para sahabat baginda ﷺ dengan gelaran yang baik dan disukai mereka.Baginda ﷺ juga amat menyayangi cucu-cucu baginda ﷺ(Sayyidina Hasan,radhiyaLlahu anhu dan Sayyidina Hussin,radhiyaLlahu 'anhu),bahkan baginda ﷺ menyayangi semua kanak-kanak di zaman baginda ﷺ...Inilah insan yang sempurna...ﷺ
Kekasih kami,hafidzhahuLlah berkata,
"Kebahagiaan hidup ini hanya dengan akhlak bukan kecantikan,keturunan apalagi harta.Maka jika akhlak telah hilang dari dirinya maka tidak ada alternatif pengganti lain.Berakhlaklah kepada sesama dalam kondisi apapun,nescaya kebahagiaan selalu akan datang ke dalam kehidupan."