-->

::Tausiyyah Cinta::

advertise here
Antara kalam Fadhilat Al-Allamah Syeikh Umar Hussein Al-Khotib,hafidzhahuLlah yang sempat kami catat pada majlis beliau semalam,di Masjid Tokku Tuan Besar,Chabang Tiga,Kuala Terengganu.

Akhlak Sayyidina Al Habib Rasulullah  adalah Al-Qur'an,dan tabiat Rasulullah  adalah sentiasa memaafkan kesalahan orang lain,tetapi baginda  akan marah jika ada orang yang melanggar perintah Allah.(bermaksud Sayyidina Rasulullah  tidak pernah marah kerana diri baginda ,tetapi hanya marah kerana Allah).

Sesiapa yang pertama kali melihat Nabi ,akan dicampak dalam hatinya perasaan gerun kepada baginda ,namun apabila bergaul dengan baginda ,akan timbul mahabbah dalam hati kepada baginda .Sayyidina Rasulullah  tidak pernah menceritakan keaiban orang lain.Apabila baginda  riang,terpancar kegembiraan pada wajah baginda .Apabila baginda  senyum,seolah-olah para sahabat melihat sesuatu yang menyejukkan dari celah-celah gigi baginda  dan apabila baginda  berkata-kata,akan terpancar kemanisan pada kata-kata baginda .

Fadhilat Al-Allamah Syeikh Umar Hussein Al-Khotib,ahli Majlis Fatwa Tarim,Yaman.

Apabila pintu mahabbah kepada Sayyidina Rasulullah  telah terbuka kepada seseorang,maka akan terbuka juga pintu mahabbah kepada Allah,dan apabila seseorang itu meningkat mahabbahnya kepada Sayyidina Rasulullah ,maka Rasulullah  akan hampir dengannya.Adakah kelazatan yang paling indah selain mahabbah kepada Rasulullah ?Sesungguhnya para sahabat telah merasai kelazatan cinta itu.

Sesungguhnya kita tidak akan sampai kepada tahap mahabbah yang telah dicapai oleh para sahabat baginda .Sesungguhnya para sahabat mencintai Rasulullah  dengan sedalam-dalam cinta.Ketika Sayyidina Ali,karamaLlahu wajhah,ditanya tentang cintanya kepada Sayyidina Rasulullah ,maka dijawab oleh beliau bahawa cintanya kepada Rasulullah  melebihi ahli keluarganya,ibu bapanya dan air yang sejuk.

Sesiapa yang ada cinta dalam dirinya,Allah akan mencintainya.Apabila Allah mencintainya,maka siapakah yang dapat memberi mudarat kepadanya walaupun dari kalangan syaitan dan manusia?Tiada siapa yang dapat memberi mudarat kepada seseorang apabila Allah mencintainya.

Sesiapa yang mencintai Rasulullah ,makhluk-makhluk yang lain akan takut kepada mereka.Lihatlah syaitan yang sentiasa melalui lorong yang lain apabila Sayyidina Umar Al-Khattab,radhiyaLlahu 'anhu,melalui sesuatu lorong.Sesungguhnya syaitan itu telah kalah dengan kecintaan kepada Rasulullah  yang telah tertanam di dalam hati Sayyidina Umar Al-Khattab,radhiyaLlahu 'anhu.

Tersebut kisah bahawa seorang hamba sahaya Rasulullah ﷺ yang bernama Sayyidina Safinah,radhiyaLlahu 'anhu,yang telah dimerdekakan oleh baginda .Pada suatu hari,Sayyidina Safinah dan beberapa orang sahabat baginda  telah terdampar di sebuah tempat setelah kapal yang mereka naiki terlanggar batu.Apabila mereka berjalan untuk mencari jalan pulang,tiba-tiba datang seekor singa dan singa itu mengaum di hadapan mereka,lalu para sahabat berkata,
"Subhanallah!Setelah tadi kami diuji di laut,sekarang kami diuji lagi di darat."

Sayyidina Safinah radhiyaLlahu 'anhu lalu berkata kepada singa itu,
"Wahai singa!Sesungguhnya aku adalah hamba Rasulullah  yang telah dimerdekakan oleh baginda .Sekarang boleh tunjukkan kepada kami jalan pulang?"

Mendengar kata-kata Sayyidina Safinah,radhiyaLlahu 'anhu,singa tadi terus tunduk dan menggerakkan ekornya menandakan isyarat supaya mengikutnya untuk mencari jalan pulang.

Diterjemahkan oleh anak murid beliau,Ustaz Iqbal.

Apabila seseorang mempunyai cahaya daripada Rasulullah  dalam dirinya,Allah akan menjaganya dan akan mudah baginya untuk hampir kepada Allah.Sesiapa yang mencintai Rasulullah ,dia akan menjadi aktif dan cergas serta tiada siapapun yang dapat memudaratkannya.

Apabila seseorang meletakkan Sayyidina Rasulullah  hampir dengan dirinya,dia akan merasai cahaya Rasulullah  hampir dengannya.Tiada siapapun yang boleh mengapa-apakannya jika cahaya Rasulullah  ada dalam hatinya,kerana Allah akan bersamanya apabila cahaya Rasulullah  ada dalam hatinya.Dan jalan untuk mendapatkan cahaya Rasulullah  dalam diri kita ialah dengan sentiasa menjaga dan mengamalkan adab-adab Rasulullah  hidup kita dan juga sentiasa berselawat kepada baginda .Jadikan selawat itu sebagai wangi-wangian pada mulut dan bibir kita....dan yakinlah Sayyidina Rasulullah  sedang membalas selawat dan salam ke atasnya  kepada kita.Ada satu malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk sentiasa menyampaikan selawat dan salam umatnya kepada baginda .

Diceritakan,Sayyidina Anas bin Malik,radhiyaLlahu 'anhu menetap selama 12 tahun di Madinah.Sepanjang 12 tahun beliau menetap di Madinah,tidak pernah dilalui hari beliau melainkan sentiasa bermimpi bertemu dengan Rasulullah .Jika tidak bermimpi sekalipun,pasti akan selalu tergambar wajah Rasulullah  pada mata beliau.

Seseorang insan,apabila ittiba' pada Rasulullah ,maka dia akan sentiasa terpelihara dan terjaga.
Antara masyaikh yang hadir semalam,Habibana Al Habib Dr.Soleh Yusuf Az-Zawawi Al-Hasani(tengah) dan Habibana Tuan Guru Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah(kanan).

Busyralana!Setelah tamat majlis bersama Syeikh Umar Al Khotib,Al-Fadhil Al Mahbub Ustaz Yusri mewakili guru beliau Al Habib Suhaimi Alaydrus membuat pengumuman kepada umum bahawa,
Insya Allah,jika tidak ada apa-apa halangan...pada 12 dan 13 April 2013 ini,Al-Allamah Al-'ArifbiLlah Sayyidi Al Habib Umar BenHafiz akan datang ke Majlis Multaqa Ulama' di negeri Terengganu...

Click to comment