-->

::Keutamaan Niat::

advertise here






 عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو امرأة يتزوجها فهجرته إلى 
"ما هاجر إليه 
( متفق عليه) 
Daripada Umar bin Al-Khattab,radhiyaLlahu 'anhu,katanya,“Rasulullah  bersabda,"Sesungguhnya segala amalan itu adalah bergantung kepada niat, setiap orang memperolehi mengikut apa yang ia niatkan.Sesiapa yang niat hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya maka (ganjaran) hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya dan barangsiapa yang niat hijrahnya kepada dunia yang ia ingin dapatkannya atau kepada perempuan yang ia ingin kahwininya maka pahala hijrahnya adalah kepada apa yang ia hijrahkan(niatkan)"
 [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]

"Jangan berpindah(niat untuk melakukan sesuatu ibadah) daripada makhluk kepada makhluk,maka jadilah seperti keldai yang memutar gandum.Tempat ia berjalan hanya di sekitar tempat penggilingan gandum itu,tetapi hendaklah engkau berpindah(niat untuk melakukan sesuatu ibadah) daripada makhluk kepada Allah."
[Sayyidi Ibn Atha'illah al-Iskandari asy-Syazuli]

Imam At-Tsauri berkata,Dahulu mereka mempelajari niat untuk beramal sebagaimana mereka mempelajari amal." 
[Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi]

"Kadangkala amalan yang kecil akan menjadi besar di sisi Allah Ta'ala kerana niat, dan kadangkala amalan yang besar serta banyak akan menjadi kecil di sisi Allah Ta'ala kerana niat."
[Ibnu Mubarak,rahimahullah]

"Berpindahlah kepada Allah dan RasulNya,bukan kepada selain Allah.Jika orang melakukan ibadah kerana makhluk,bermakna dia akan rugi dan akan terhijab hatinya,kerana tujuan kita ialah mencari keredhaan Allah."
[Ustazuna Tuan Guru Hj.Suhaimi Daud al-Naqsyabandi al-Khalidi]

Click to comment