-->

::Melakar Cinta::

advertise here
Syeikhuna Asy-Syarif Al-Habib Yusuf Muhyuddin Al-Bakhour Al-Hasani,hafidzhahuLlah,berkata,
"Sesungguhnya penyebab rezeki itu bukan pada kekuatan kita,bukan kerana jawatan dan pangkat yang kita miliki,bukan kerana kecerdikan dan kepintaran kita tetapi Allah telah bahagikan rezeki itu kepada seseorang sejak azali sebagaimana Allah telah tentukan ajal kepada seseorang sejak azali.

Seseorang lelaki akan mendapat rezeki dan rahmat melalui 2 perkara asbab,
i-Diberi rezeki kerana menanggung nafkah dan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anaknya.

Dikisahkan orang-orang soleh pada zaman dahulu,apabila seseorang wanita ditinggalkan  suaminya kerana suaminya ingin bermusafir,mereka tidak meminta suami mereka meninggalkan wang ataupun harta kepada mereka tetapi mereka akan menasihati suami mereka,
"Hendaklah engkau takut kepada Allah dalam menguruskan(nafkah dan tanggungjawab)kepada kami dan jangan engkau tanggungkan kami dengan rezeki yang haram.Sesungguhnya kami mampu untuk menahan lapar dan kesusahan di dunia tetapi kami tidak mampu untuk menahan panasnya api neraka."


Apabila seseorang  suami/isteri itu ingin menasihati pasangannya,hendaklah ia menasihati supaya takut kepada Allah,bukan takut kepada keakuan dirinya...kerana jika seseorang itu menasihati pasangannya supaya takut kepada keakuan dirinya,pasangannya itu nanti hanya taat di hadapannya sahaja tetapi akan mudah hilang taatnya apabila tidak bersama pasangannya.
Jika seseorang itu menasihati pasangannya supaya takut kepada Allah,pasangannya itu nanti akan menjaga ketaatannya di hadapan mahupun di belakang suaminya/isterinya.

ii-Diberi rezeki kerana kebajikan yang dilakukan kepada kedua ibu bapanya,iaitu diberi rezeki oleh Allah dengan keberkatan kedua ibu bapanya.


Di antara berbuat kebajikan kepada kedua ibu bapa itu bukan sekadar senyum di hadapan mereka,tetapi kita menghormati mereka dan tidak membangkang setiap perintah mereka kepada kita selagi tidak membawa kepada maksiat.
Apabila seseorang itu tidak bersetuju dengan pendapat ibu bapa,bawa bincang bersama mereka dengan penuh adab.Kemungkinan sesuatu perkara itu ibu/bapa kita tidak tahu kerana zaman mereka tidak sama dengan zaman kita.
Komunikasi dan adab yang baik dengan ibu bapa dapat merapatkan hubungan antara anak-anak dengan ibu bapa juga dapat berkongsi pengetahuan baru sesama mereka.Ini dapat membentuk suasana mahabbah di dalam keluarga."

Click to comment