-->

::Bersederhana Dalam Cinta::

advertise here
Apabila seseorang lelaki yang baru ingin memulakan kehidupan,dia akan mencari wanita menurut kriteria yang diinginkan.Jika dia mencari wanita yang diinginkan menurut kecantikan,kekayaan,harta semata-mata...maka segalanya itu akan hilang.Setelah berpuluh tahun kita berkahwin,kecantikan itu akan hilang,dan kekayaan juga akan hilang.

Begitu juga kepada para wanita,jika dia mencari lelaki yang diinginkan menurut kekacakan,kekayaan,harta semata-mata...selepas berpuluh tahun berkahwin,kekuatan,kekacakan,kekayaan akan hilang dihembus angin takdir.Jika seseorang itu berkahwin kerana kecantikan,harta,kekayaan...maka apabila semua itu hilang,naluri perasaan sayang kepada pasangannya juga akan hilang.Menurut ulama',hal ini terjadi kerana sifat manusia yang terburu-buru dalam menginginkan sesuatu,tanpa memikirkan akibatnya yang akan datang.Jika seseorang itu berkahwin kerana maslahah,maka dia akan mudah berubah perasaannya.



Diceritakan suatu ketika,seorang lelaki yang telah bercerai dengan isterinya datang bertemu seorang Qadhi untuk meminta bantuan Qadhi bahawa dia ingin meminta kembali harta yang telah dia berikan kepada bekas isterinya sewaktu berpuluh tahun yang lalu(semasa dia mula berkahwin dengan pasangannya).

Lalu Qadhi itu bertanya kepada lelaki itu,
"Dahulu sewaktu engkau memberikan harta kepada isterimu itu,adakah engkau memberinya dengan kerelaan hati atau kerana dipaksa oleh orang lain supaya memberikan hartamu kepadanya?Tidak bolehkah jika engkau tidak meminta kembali harta itu?"

Dijawab oleh lelaki itu,
"Tidak Syeikh.Dulu saya memberinya dengan rela hati kerana saya sayangkannya tetapi sekarang saya sudah tidak menyayanginya.Tidak boleh,Syeikh.Ini bisnes!"

Lalu Qadhi itu menjawab,
"Jikalau dahulu kamu memberinya harta dengan rela hati,maka kamu tidak boleh memaksanya untuk mengembalikan harta yang engkau berikan kepadanya."

"Sesungguhnya sifat kelakian yang sebenar ialah apabila dia memberi sesuatu kepada isterinya,dia tidak akan sekali-kali meminta kembali apa yang telah dia berikan kepada isterinya itu."

Apabila seseorang itu memilih wanita yang beragama,meskipun hidupnya sederhana namun natijahnya akan diperolehi pada akhirat kelak.



::Bersederhana dalam menguruskan naluri perasaan::

Terlalu sayang dan terlalu benci itu terjadi kerana kita menyayangi dan membenci sesuatu tanpa ada sempadan...kerana kita sayang kerana AKAL dan kerana kita benci kerana AKAL.Sabda Rasulullah ,
"Sayangilah sesiapa yang kamu sayang dengan berpada-pada,kemungkinan orang yang kamu sayang nanti akan menjadi orang yang kamu benci.(Ini akan menjadi akibat yang buruk kepada kamu kerana apabila kamu terlalu benci,kamu akan mendedahkan segala keaibannya)Dan berpada-padalah kamu dalam membenci seseorang,kemungkinan orang yang kamu benci itu akan menjadi orang yang paling kamu sayang."

Menurut guru kami,hafidzhahuLlah,mafhum daripada kalam Sayyidina Al Habib Rasulullah ﷺ ini,janganlah kita membuang naluri perasaan sayang dan benci dari sifat kemanusiaan kita tetapi bersederhanalah dalam kedua-duanya.



Sesungguhnya kebanyakan permusuhan yang berlaku adalah kerana habuan dunia...sepertimana sabda Rasulullah ,
"Kasih sayang kepada dunia merupakan penghulu kepada segala musibah/kecelakaan."

Mafhum daripada hadith ini,menurut guru kami,hafidzhahuLlah,ialah setiap cinta itu tidak akan datang melainkan ada risiko yang perlu seseorang itu hadapi akibat dari cintanya.
Jika cintanya kepada dunia,makanya kesulitan yang akan dia hadapi.
Jika cintanya kepada Allah,makanya kebahagiaan yang akan dia hadapi.

Sesungguhnya rezeki dunia,jika Allah telah tentukan untukmu...walau selambat manapun rezeki itu datang,ia tetap menjadi milikmu dan bukan lagi milik orang lain.
Dan jika rezeki itu telah Allah tentukan untuk orang lain,ia tetap bukan untukmu.....dan tetap tidak akan menjadi milikmu.

Click to comment