"Ketika wafatnya seorang kekasih Allah swt maka menangislah seluruh penduduk-penduduk langit dan mereka berbaris dari bumi hingga 'Arasy dan dibukakan pintu-pintu langit bagi menyambut rohnya.."
[H.R.Imam Ahmad,Abu Syeikh,,al-Baihaqi,al-Hakim dan Ibnu Abi Syaibah]
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.Al-Fatihah buat permata ummah di Syam,al-'Alim al-Allamah al-Mujtahid al-'Arifbillah asy-Syahid Syeikh Dr.Sa'id Ramadhan al-Bouti,rahimahullah wa nafa'ana bi 'ulumihi fiddarayni...Aamiin,yang meninggal dunia setelah dibom di dalam Masjid Iman di Damsyiq,Syria ketika sedang mengajar.Ada juga sumber mengatakan beliau syahid setelah ditembak oleh rejim Basyar.Wallahua'lam.
Sebagaimana yang dikatakan oleh al-Allamah al-Habib Umar BenHafiz,حفظه الله
"Beliau meninggal dunia pada waktu yang mulia di antara waktu Maghrib dan Isyak,pada malam yang mulia iaitu malam Jumaat,di tempat yang mulia iaitu di Masjid Iman,Damsyiq dan juga di majlis yang mulia iaitu majlis ilmu ketika beliau sedang menyampaikan kuliah agama di dalam masjid tersebut."
Di dalam status facebook al-Allamah al-Habib Ali Al-Jufri,حفظه الله tadi beliau menyatakan,
'Saya ada menelefon beliau 2 minggu yang lalu dan perkataan terakhir yang beliau memberitahu kepadaku ialah
"Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira.Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya.Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku"
Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata
"Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad" (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)
*Sheikh Ramadhan Al-Buti Syahid setelah dibom beberapa jam lepas di dalam Masjid Iman di Dimasyq. Beliau akhir-akhir ini mendoakan kehancuran kepada rejim Syiah Nusairiah, dan sedang dikawal ketat oleh pihak tentera. Dalam usahanya untuk keluar dari Syria beliau bersama pengikutnya dibom dan mendapat ganjaran Syahid.
Moga Allah merahmati dan memberi ganjaran yang sebanyak-banyaknya kepada Guruku dan Mujtahid Ummah Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. Hidupnya sebagai ulama, matinya sebagai syuhada.'
al-Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid,حفظه الله sentiasa membaca kitab karangan beliau,Fiqh al-Sirah pada Majlis Ta'lim Darul Murtadza setiap minggu di Masjid Muaz bin Jabal,Kuala Lumpur.
