Hari ini,23 Mac 2013...genap usia saya 22 tahun.Hari Sabtu,hari dan tarikh yang sama ketika 22 tahun yang lalu,tatkala kali pertama saya melihat dunia.Pada pukul 6.45 petang,7 Ramadhan 1411 Hijrah yang lalu.....Dan hari ini genap 22 tahun itu,hari yang menyedarkan saya sebagai seorang insan.Seperti hari-hari yang berlalu,seperti detik-detik masa yang berlalu,begitu juga usia saya...berlalu dan terus berlalu.
Sepanjang hidup kita di sini,di alam ini...bukan semuanya manis.Ada yang manisnya lebih banyak daripada pahit.Ada yang pahitnya lebih banyak daripada manis,dan ada yang bersamaan keduanya.Sama ada pahit atau manis kehidupan,ia adalah jalan-jalan kebahagiaan.Jalan kebahagiaan itu tak semestinya selalu indah,tak semestinya selalu senang...ada hikmah di sebalik setiap jalan kehidupan.Mungkin yang pahit itu lebih membahagiakan kita di akhirat kelak nanti.
"Sesungguhnya,perjalanan menuju bahagia adalah kebahagiaan,walaupun ianya berupa siri-siri kesulitan,kesusahan bahkan penderitaan,selagi mana penghujungnya adalah kebahagiaan yang berkekalan."
[Sidi al-Ustaz Raja Ahmad Mukhlis al-Azhari,حفظه الله]
Hargai diri sendiri.Tiada lagi kita yang kedua di dunia ini.Selagi kita diberi peluang untuk hidup,hargai diri kita sebaiknya dengan melakukan apa saja yang diredhaiNya.Kalau saya yang sedang menulis di sini sekarang mengaku kalah dalam hidup,takkan ada lagi saya yang kedua di dunia ini.
Bagi saya,harga diri seorang lelaki ialah keberanian dan keyakinan diri.Apabila dia tersempit dan hilang keyakinan diri,dia akan 'bersembunyi' dari kehidupan,dan dia akan hilang semangat dalam hidup...kerana keyakinan diri itu ialah fitrah bagi seorang lelaki.Keyakinan dan keberanian seorang lelaki itu telah dan sentiasa ada dalam dirinya,cuma perlu dihidupkan dan membinanya...seperti mana juga istiqamah.
"Istiqamah itu memang sudah ada dalam jiwa manusia,sama ada kita membina istiqamah itu dalam diri kita atau kita musnahkannya.Kunci untuk istiqamah dalam ubudiyyah kepada Allah itu ialah kejujuran kepada Allah.Apabila kita jujur kepada Allah,maka kita akan jujur kepada semua makhlukNya."
[Syeikhuna Asy-Syarif Al-Habib Yusuf Muhyuddin Al-Hasani,حفظه الله]
Selamat Hari Tua buat diri sendiri... :-)
