-->

::Sehingga Kita Mengerti::

advertise here
Adakalanya kita 'sukar' untuk bersyukur dalam hidup ini.Namun jika kita merenung dalam-dalam,jauh ke dalam hati kita,cuba tanyakan pada hati,apakah yang sebenar-benarnya kita inginkan?
Kekayaan dan kemewahan hidup?ataupun Kebahagiaan?

Hidup ini,tak semuanya seperti apa yang kita inginkan.Ibaratnya,jika kita melihat orang lain mempunyai kereta besar dan rumah yang mewah,pandanglah diri kita dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada meskipun sebuah rumah dan kenderaan yang sederhana.Kerana 'bersyukur' itu akan membawa kita lebih mengenal erti kebahagiaan.Jangan mudah mengeluh kerana apa yang Allah anugerahkan kepada kita sememangnya itu yang terbaik untuk kita.


Bukan semuanya,berapa ramai orang yang kaya,mewah tetapi hidupnya sentiasa dalam berkeluh kesah dan dikelilingi hutang?
Bukan semuanya,berapa orang yang memiliki pasangan yang cantik/kacak tetapi sentiasa melukakan hati kita dan sering membuatkan kita bersedih dan tidak mampu tersenyum?

Bersyukurlah seadanya....
Sehingga kita mengerti,bahawa tidak akan bererti sebuah kekayaan dan kemewahan hidup jika kekayaan itu tidak membuat kita bahagia....

Sehingga kita mengerti,bahawa tidak akan bermakna kecantikan/kekacakan itu jika ia hanyalah sebagai satu racun yang selalu melukakan hati kita...

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki...
Sehingga kita menghargai dengan kesederhanaan yang kita miliki,
juga dapat membuat kita bahagia...


Yakinlah....
Kebahagiaan dan kebijaksanaan seseorang itu tidak boleh diukur dengan kemewahan harta dunia..
Imam asy-Syafi'e,hidupnya hanya sederhana tetapi beliau adalah di antara insan yang paling pintar di dunia.
Kebijaksanaan dan kebahagiaan itu diukur dengan ketaqwaan dan sejauh mana penerimaan hati kita terhadap segala ketentuanNya.

" Hidup ini indah.. Jangan kau hilangkan keindahannya dengan ketidak mampuanmu mensyukurinya. 
Siapapun dirimu,saya yakin pasti ada di dalam hidupmu ini orang yang mahu berkorban demi melihatmu kembali tersenyum."
[Ustazah Sayyidah asy-Syarifah Halimah Alaydrus]

Di kejauhan,renungilah dalam-dalam jalan hidup yang kita lalui...dan jangan pernah berputus asa,kerana DIA sentiasa bersama kita,dan DIA Maha Mengetahui segalanya tentang diri kita....jika hari ini kita belum bahagia,mungkin esok harinya....Dan jika bukan esok sekalipun,pasti akan ada hari-hari yang membahagiakan untuk kita,yakin dengan janjiNya...

"Jadilah dirimu sendiri dan beradab kepada Allah dalam dirimu...."
[Ulama']

Click to comment