10 petua kehidupan sepanjang masa.
1. Jangan jauh dengan Allah.Dekati Allah dengan membaca Quran sekurang-kurangnya 3 hari sekali.
2. Jaga air liur.Cakap,dengar dan baca perkara baik selalu supaya air liur yang dihasilkan adalah baik dan ditelan selalu.Mengumpat dan perkataan ‘cuba’ adalah racun yang menjurus kepada perasaan negatif.
3. Perkara lepas biarlah ia berlepas supaya ia tidak mengganggu masa depan.
4. Tidak perlu menyibuk dengan pandangan orang lain.
5. Jangan selalu ingat masih ada banyak masa.Ingat!Mati tiada syarat tua,mati juga tiada syarat sakit.
6. Jangan fikir terlalu banyak.Memang ada jawapan yang kita tidak akan ketahui.Tapi jawapan akan datang secara tidak sedar.
7. Tiada orang yang boleh mengawal minda anda,selain anda.Sepertimana kegembiraan dan kesedihan anda.
8. Sentiasa memberi tanpa mengharapkan pulangan. Anda akan mengecapi nikmat terbesar sebagai seorang manusia dan mengerti perbuatan memberi akan mendatangkan pahala dan kegembiraan terbesar di hati.
9. Jangan fikir terlalu banyak dan kurangkan merenung. Buat sahaja apa yang patut tanpa putus asa. Jangan menghina Allah dengan menyatakan kegagalanmu adalah takdir-Nya tatkala anda malas, kurang berusaha dan mudah berputus asa.
10. Senyum selalu.Bukan anda seorang sahaja yang ada masalah.Dan sebenarnya masalah anda cumalah mainan minda anda.Yang ada hanyalah cabaran sementara.
[Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,حفظه الله]
"Dari mana datangnya keraguan itu?Apakah menurutmu,Dia yang menyampaikan rezeki kepadamu saat kau di dalam rahim ibu akan mengabaikanmu di atas bumi-Nya?Sebahagian orang mencari tempat yang indah,sebahagian yang lain justeru membuat suatu tempat jadi indah dengan kehadirannya.Kita suka lupa terhadap hal indah yang ada di sekitar kita.Senyum pasangan,tawa riang anak,sapaan tetangga adalah salah satunya.Hidup ini indah.Jangan kau hilangkan keindahannya dengan ketidak mampuanmu mensyukurinya."
[Ustazah Syaifah Halimah Alaydrus,حفظه الله]
"Sesungguhnya masalah rezeki itu adalah ujian yang amat besar bagi kebanyakan manusia(Kebanyakan manusia tersungkur dan jauh daripada Allah kerana masalah rezeki yang mengganggu mereka,naudzubillah),yang membuatkan diri mereka penat,hati mereka bimbang sibuk,kedukaan mereka banyak,umur mereka hilang terbuang,kejahatan dan dosa mereka besar(contohnya seperti sibuk bekerja sehingga mengabaikan solat dan majlis-majlis ilmu,naudzubillah),dan mereka berpaling daripada Allah dan sibuk berkhidmat kepada dunia dan sibuk berkhidmat kepada makhluk yang lemah.
Langsung mereka hidup di dunia dalam kelalaian,kegelapan,kepenatan,kelesuan,kehinaan,dan seterusnya mereka datang ke akhirat dalam keadaan muflis sedangkan di hadapan mereka ialah hisab dan azab(Inilah yang terjadi apabila hilangnya tawakkal kepada Allah,naudzubillah),sekiranya Allah tidak merahmati mereka dengan limpah kurniaNya."
[Imam al-Ghazali,radhiyallahu 'anhu]
"Seandainya kita mengimbangi pekerjaan kita dengan tawakkal,menyempurnakan kewajipan kita sebagai hambaNya dengan istiqamah,meskipun pendapatan kita kecil tetapi akan menjadi barakah dan mencukupi.
Lihat saja al-Imam Junaid al-Baghdadi,radhiyallahu 'anhu.Beliau jarang membuka kedai beliau kerana sibuk mengajar ilmu agama kepada masyarakat tetapi beliau merupakan salah seorang hartawan.Ini kerana beliau tidak bergantung kepada usaha beliau,tetapi hati beliau hanya bergantung kepada Allah.Sesiapa yang bergantung kepada Allah,insya Allah akan dipermudahkan oleh Allah kepadanya dalam hal rezeki.
Apabila rasa malas ingin menghadiri majlis ilmu,merasa takut dengan ugutan manusia apabila kita menjalankan tugas kita untuk menegakkan Islam,merasa berat untuk pergi bertalaqqi dan menjalankan kewajipan kita sebagai hambaNya,tanamkan dalam hati bahawa setiap orang itu telah dijamin rezekinya oleh Allah."
[Ustazuna Ahmad Munif Mohd Amin al-Qadiri wa Naqsyabandi,حفظه الله]

