Diriwayatkan oleh Sahih Bukhari:
(Diriwayatkan pada satu ketika telah datang sekumpulan(sahabat) wanita kepada Rasulullah ﷺ dan berkata,
“Wahai Rasulullah ﷺ,pada secara umumnya kebanyakan aktiviti-aktiviti dan ceramahmu dihadiri oleh kaum lelaki,dan kami kaum wanita tidak dapat perkumpulan seperti itu.”
Maka mereka pun meminta kepada Rasulullah ﷺ,
“Wahai Rasulullah ﷺ,berikanlah sedikit daripada masa yang engkau ada (untuk kami)”.
Maka Rasulullah ﷺ bersetuju dan berkata kepada mereka,
“Baiklah.Kalau begitu,kamu semua berkumpul pada satu tempat dan aku akan datang.”
Maka datanglah Rasulullah ﷺ kepada mereka dan menyampaikan ceramah dan memberikan nasihat kepada para(sahabat)wanita tersebut.)
Sesungguhnya berkongsi ‘ilmu dan mengajar kaum wanita,adalah satu perkara yang amat penting dalam agama Islam.Sesungguhnya para sahabat Nabi,khususnya para wanita dari kaum al-Ansar,mereka tidak dihalang dengan sifat malu mereka daripada menuntut ‘ilmu.Maka kata Saiyidatina A’isyah Radhiyallahu 'anha,
“Rahimallahu ta’ala Al-Ansar” yang bermaksud, “mudah-mudahan Allah merahmati kaum wanita Ansar” dan katanya lagi, “kerana mereka tidak pernah malu untuk menuntut ‘ilmu agama.”
Mereka mempelajari ‘ilmu agama supaya wanita muslimat mendapatkan maklumat yang betul dan supaya mereka dapat menjalankan ‘ibadah seperti mana yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasulullah ﷺ .
Rasulullah ﷺ selalu menyahut permintaan wanita ketika mereka meminta pertolongan baginda ﷺ tentang pendapat,dan ketika mereka meminta Rasulullah ﷺ sedikit daripada waktunya,baginda ﷺ sentiasa mendengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh para wanita.Ini kerana baginda sangat mengambil berat tentang persoalan wanita kerana baginda ﷺ tahu akan kepentingan wanita mempelajari ‘ilmu agama dan kesan yang akan ditinggalkan oleh para wanita (yang bersoal) kepada masyarakatnya.
Wanita-wanita di zaman Rasulullah ﷺ memainkan peranan yang amat penting.Umpamanya Saiyidatina Khadijah Binti Khuwailid Radhiyallahu 'anha, isteri pertama Rasulullah ﷺ.Beliau telah berada disamping Rasulullah ﷺ pada peringkat awal da’wah baginda ﷺ.Hingga pernah dikatakan oleh ahli falsafah,
“Sesungguhnya pada setiap kejayaan seorang lelaki, pasti ada (sokongan) wanita dibelakangnya…”
begitulah kita melihat perjuangan Rasulullah ﷺ,dibelakangnya adalah isteri baginda ﷺ pada peringkat awal dakwah.Itu menunjukkan kepentingan seorang wanita dalam kehidupan seorang lelaki, mahupun wanita itu adalah ibunya, atau saudara perempuannya,atau isterinya,ataupun anak perempuannya.
Ada sebuah kisah tentang seorang ‘alim,Imam Ibnu Daqiq al-‘Eid daripada golongan ulama’ mujtahid yang berdialog dengan isterinya.Ibnu Daqiq tersebut berkata,
“Engkau patut tahu kerjaku adalah untuk mengajar dan berkhutbah kepada masyarakat.”
Jawab isterinya,
“Tidak.Yang mengajar adalah aku dan yang berkhutbah juga adalah aku.”
Kata suaminya,
“Tidak mungkin! Aku yang mengajar!”
Lalu kata isterinya,
“Tidak,aku yang mengajar!”
Maka suaminya berkata,
“Baiklah,kalau begitu terangkan apa yang engkau ketahui.Apa yang engkau ingin sampaikan kepadaku?”
Jawab isterinya,
"Betul kataku…”
Kata suaminya lagi,
“Apa yang engkau tahu?”
seolah-olah mencabar isterinya tentang pengetahuannya.
Setelah itu,pada pagi hari raya,selepas Sheikh tersebut menyiap untuk berangkat ke masjid untuk memberi khutbah,datang isterinya kepada beliau di hadapan pintu dan berkata,
“Aku lupa untuk menyiapkan kuih-muih bagi jemaahmu dan tetamu yang akan datang.”
Dalam keadaan tergesa-gesa jawab suaminya dengan marah,
“Ini tidak sepatutnya terjadi! Sekarang aku sudah lambat ke masjid dan aku tidak boleh membantumu!” Jawab isterinya,
“Maafkan aku wahai suamiku. Engkau pergilah ke masjid dan berkhutbah dahulu. Kami boleh menyelesaikan masalah ini selepas khutbahmu”.
Langsung pergilah Sheikh tersebut ke masjid dengan fikirannya terganggu dengan masalah kuih tersebut.
Apabila di masjid, Sheikh tersebut memberikan khutbah dalam keadaan risau itu.
Ketika khutbah, beliau menyebut
“Kuih raya! Kuih raya! Kuih raya!”
sebanyak tiga kali, membuat jemaah beliau tertanya-tanya.
Selepas khutbah, pulanglah Sheikh tersebut ke rumahnya dan berjumpa dengan isterinya lalu berkata,
“Wahai isteriku,engkau telah membuatku bingung dengan kata-katamu hingga aku tersebut “kuih raya” sebanyak tiga kali dalam khutbahku tadi.”
Jawab isterinya,
“Sabarlah wahai suamiku.Sebenarnya aku telah hidangkan kuih-muih dan makanan dari tadi. Jangan engkau risau lagi.”
Suaminya menjawab dengan terperanjat,
“Ya Allah! Terima kasih kerana menyiapkan semua jamuan ini.Kenapakah engkau tidak beritahu aku pada awal lagi sewaktu aku ke masjid sebentar tadi?”
Jawab isterinya dengan senyuman,
“Betulkan kata aku,yang berikan khutbah adalah aku dan bukan engkau?”
Maka jawablah suaminya,
“Betul katamu wahai isteriku.Engkau juga ada bahagian dan memainkan pernanan dalam penyampaian khutbahku”.
Inilah bukti bahawa sesungguhnya tidak ada seorang lelaki pun yang berjaya,tanpa sokongan wanita dari belakang.Sebab itulah jikalau seorang wanita memperbaiki ilmu pengetahuannya (dalam semua bidang ‘ilmu),maka ketahuilah perkara itu mempunyai kesan yang amat hebat kepada masyarakat melalui (kesan yang mereka telah tinggalkan kepada) keluarganya.
Ketahuilah bahawa setengah daripada urusan agama telah dipelajari daripada kaum wanita. Antara wanita yang paling agung dalam sejarah Islam adalah, Saiyidatina A’isyah Binti Abu Bakar radiyallahu 'anha,isteri Rasulullah ﷺ.Ramai sahabat Rasulullah ﷺ telah datang kepada beliau untuk bertanya tentang hal agama,kerana beliaulah orang yang paling rapat dengan Rasulullah ﷺ.
Wanita-wanita agung dalam sejarah mempunyai kisah-kisah yang amat hebat.Sehingga dikatakan ibu saudara kepada al-Habib Abdullah Bin Hussein Bin Tahir dan juga al-Habib Hussein bin Tahir Bin Tahir(kedua-duanya ulama’ Hadramaut)telah mengumpulkan kesemua ciri-ciri dan syarat-syarat kewalian,kecuali beliau adalah daripada golongan wanita.Ibu saudara mereka inilah yang telah mendidik mereka hingga menjadi ulama’ hari ini. Makcik mereka pernah berpesan kepada mereka,
“Wahai anak-anakku,kalau kamu simpan dan menjaga adab-adab wudhuk,nescaya akan keluar cahaya ‘ilmu daripada tubuh badanmu.”
Pada satu hari, telah datang seorang wartawan dari negara Jerman ke Tareem,Yaman untuk berbicara dengan salah satu anak murid lelaki tentang hijab wanita dengan berkata,
“Hijab yang dipakai oleh wanita-wanitamu telah dipaksa olehmu atas mereka.Kerana tidak mungkin wanita ingin berpakain seperti itu.”
Jawab murid itu,
“Ini adalah perintah daripada Allah SWT, dan wanita-wanita kami mempunyai pilihan untuk berhijab ataupun tidak, dan mereka telah memilih untuk memakai hijab.”
Wartawan itu mengatakan bahawa beliau tidak percaya dengan kata-kata murid itu, dengan itu beliau meminta izin untuk berbicara dengan seorang wanita.Dengan itu murid tersebut membawa adik perempuannya untuk berjumpa dengan wartawan itu.Maka mulalah persoaalan tentang sebabnya beliau memakai hijab. Ketika wartawan tersebut berdialog dengan muslimah itu, beliau amat kagum dengan cara perbualannya dan pemikirannya. Lalu wartawan itu berkata, “Cara perbualanmu mantap dan pemikiranmu luas. Kenapa engkau tidak menanggalkan hijab engkau supaya lebih mudah untuk orang menegur engkau dan berbicara dengan engkau?” Jawab muslimah itu,
“Aku ingin berbicara dengan orang dengan akal dan buah fikiranku. Bukan dengan badanku.”
Ditulis oleh
Nur Liyana Yanti Binti Kamarudin
Sub Commitee
Majelis Rasulullah Singapura
" Wanita yang dimuliakan Allah itu bukan sahaja berilmu,bahkan mereka dapat melahirkan zuriat yang berilmu..."
[Habib Muhammad Abdullah Al-Aydrus حفظه الله]
