3 perkara yg menjadi keistimewaan di dalam agama Islam serta umatnya yang tidak ada di dalam agama serta umat lain,
PERTAMA : Asanid -أسانيد- ; bermaksud Sanad (sandaran / ikatan / salasilah) seseorang itu terutama di dalam ilmu agama melalui dua ilmu yang dinamakan sebagai Riwayah (nukilan secara riwayat) dan Dirayah (nukilan secara huraian untuk mengetahui dan memahami sesuatu).
KEDUA : Ansab -أنساب- ; bermaksud Nasab (keturunan) terpelihara terjaga kerana mengikuti Syariat Islam dengan menjauhi penzinaan kerana ia boleh merosakkan nasab seseorang.
KETIGA : A'rob / I'rob -إعراب- ; bermaksud Arab (bahasa Arab) kerana ia merupakan wasilah (perantaraan) untuk memahami apa yang disyariatkan berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah (hadith) Baginda Nabi Muhammad -SallalLahu 'alaihi wa Sallam-.
[al-Murobbi Syeikhu Syeikhna as-Sayyid Dr.Yusri Rushdi Jabr al-Hasani,hafizohullah]
