Senja yang berlabuh,mentari yang semakin terbenam itu indah sekali,sambil membawa kita mengimbau nostalgia indah sewaktu kecil-kecil dahulu.Menenangkan jiwa,indah ciptaanNya.
Sahabat...miskin atau kaya bukan ukuran kebahagiaan hidup kita.Sesiapa yang bertaqwa,maka dialah yang paling beruntung.Adapun,yang membezakan kita pada pandangan manusia...itu hanya di dunia.
Kebahagiaan itu milik kita,milik sesiapa saja yang inginkannya.Jangan jadikan kata-kata manusia sebagai penghalang keceriaan kita.Kita berhak untuk bahagia.Jika kita bersama kekasih,maka apa yang lebih berharga selain daripada kehadiran kekasih yang selalu menceriakan hati kita?Jadikan Allah sebagai kekasih,dan lalui hari-hari dengan senyuman dan kebahagiaan.
Luqman al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya,
"Wahai anakku!Lakukanlah setiap pekerjaan kerana Allah,jangan kerana ingin mendapatkan redha manusia.Sesungguhnya keredhaan manusia ialah sesuatu yang mustahil untuk dicapai."
'Jangan bimbang teman,
Dengan segala cacian,
Pintu keampunan,
seluas rahmat Tuhan.
Biarkan para pencelamu,
Buat apa mereka mahu,
Asalkan kau tahu,
Apa yang engkau mahu.'
[antara bait-bait puisi al-Ustaz Sidi Raja Ahmad Mukhlis]
Lalui hari-hari kita dengan penuh keyakinan.Tak kira rendah atau tinggi kita dalam nilaian manusia,tak kira kita berjawatan tinggi atau pekerja biasa.....apabila seseorang itu dekat dengan Allah,dia pasti akan bahagia...jangan takut pada nilaian manusia.Yang lebih berhak untuk kita malu ialah pada Allah,kerana DIA Maha Mengetahui zahir batin kita.Bahasa perantaraan yang terbaik antara kita denganNya ialah bahasa 'shiddiq'...iaitu kejujuran hati yang hanya kepadaNya...dan untukNya..
~Qalbun salim~
Hati yang sejahtera itu bukan berdasarkan rupa paras luaran kita,tetapi pada hati yang jujur kepadaNya...
Pulau Perhentian,Terengganu.
kredit gambar:pokku ngah
Siapa yang patut untuk kita jadikan teman?
Sayyidina al-Habib Rasulullah ﷺ ditanya siapa yang patut dijadikan sahabat,lalu Sayyidina al-Habib ﷺ menjawab,
"Siapa yang mengingatkan kamu akan Allah bila melihatnya,dan yang menambahkan ilmumu bila mendengar bicaranya."
dan.....
Sayyidina Anas bin Malik,radhiyallahu 'anhu pernah menukilkan...
"Tidak ada kata-kata yang paling aku suka melainkan sabda Rasulullah ﷺ,
'Seseorang itu akan bersama dengan apa yang ia cintai.'...."

