Sewaktu saya hadir di Malam Pelancaran Bulan Tarbiyyah Ramadhan tahun lepas bersama al-Fadhil Ustaz Muhammad Syukri Muhamad Nazar,Tuan Guru Dato' Nik Zawawi Nik Salleh,hafizohullah pernah menukilkan sebuah kalam yang indah;sehingga hari ini saya masih mengingatinya.Kata beliau,
"Penduduk Madinah dahulu ketika kedatangan bulan Ramadhan,mereka berasa riang dan gembira sekali menyambutnya.Dan tatkala Ramadhan mulai sampai ke penghujungnya,mereka menangis sehingga bumi Madinah berdengung kedengaran seperti bunyi lebah;di mana bunyi tangisan para penduduk Madinah apabila bulan Ramadhan tiba di penghujung."
Sayyiduna al-Habib Rasulullah ﷺ pernah bersabda bahawa Allah gembira(redha)menyambut hambaNya yang bertaubat daripada kesalahannya,menggambarkan betapa kasihnya Allah kepada hambaNya,dan Allah ingin mendidik kita agar tidak berputus asa dalam usaha untuk menjadi hambaNya yang soleh.
Tak dinafikan zaman muda kita dulu-dulu mungkin banyak kesilapan dan kelalaian yang kita lakukan...sehingga terkadang kita merasakan kesalahan yang kita lakukan itu terlalu berat,namun yakinlah bahawa rahmatNya melebihi segala-galanya.Berapa ramai insan yang dahulunya penuh bergelumang dalam dosa,namun di akhirnya mereka menjadi hambaNya yang terpilih.Yakinlah..
Kata al-Habib Ali al-Jufri,hafidzhahuLlah,
"Kalau syaitan tidak pernah berputus asa untuk memasukkan kamu ke dalam neraka,mengapa kamu perlu berputus asa untuk masuk ke syurga?"
Jangan berputus asa teman....sama-sama kita bertaubat,muhasabah diri.Semoga berkat Ramadhan yang kita lalui ini,Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memasukkan kita ke dalam golongan para kekasihNya.
"Janganlah engkau berputus asa, meskipun harus lama berjuang,asalkan engkau bersabar dan tidak berputus asa,pasti engkau akan menemui jalan kebahagian.
Tidak mampu seseorang untuk mengembalikan waktu yang telah ia lewati,namun ia mampu memulai hidup yang baru untuk mendapatkan keindahan."
[alHabib Muhammad alBagir Bin Yahya,hafizohullah]
Suatu ketika,Sayyiduna Umar Al-Khattab radhiyaLlahu 'anhu ditanya,
"Siapakah yang lebih baik?Orang yang meninggalkan maksiat dalam keadaan hatinya tidak terlintas untuk berbuat maksiat ATAU orang yang meninggalkan maksiat dalam keadaan hatinya terasa ringan untuk berbuat maksiat?"
Lalu Sayyiduna Umar,radhiyaLlahu 'anhu menjawab,
"Mereka yang hebat ialah mereka yang diuji dengan perasaan ingin melakukan maksiat kepada Allah,lalu dia tinggalkan.Orang ini diuji oleh Allah untuk menuju taqwa kepada Allah."
"Tak seperti manusia yang mengenal 'bertepuk sebelah tangan',Allah selalu membalas dan tak akan meninggalkan pecinta-Nya.Mengapa berharap terbukanya pintu manusia,jika pintu Allah tak pernah tertutup bagimu..??Yakinlah.."
[Ustazah Syarifah Halimah Alaydrus]
