"Segala sesuatu yang telah pergi tidak akan kembali,kecuali doa pergi dengan harapan dan kembali dengan pemberian (Allah)."
[al Habib Muhammad alBagir BinYahya,hafizohullah]
"Semakin seseorang itu mencintai Nabi ﷺ,semakin lemah lembut hatinya sesama makhluk,semakin cintakan kedamaian dan semakin menjauhi kehinaan."
[al Habib Umar bin Hafiz,hafizohullah]
"Jika Allah kau dapat,bukankah kau tak kehilangan apapun?Dan jika kau kehilangan Allah,katakan padaku.. Adakah nilainya apa yang kau dapat itu?"
[Ustazah Syarifah Halimah Alaydrus]
"Hargailah hidup ini dengan sebaiknya sehingga sentiasa nampak JamalNya Allah,yang Allah menyayangimu."
[Ustazah Syarifah Fatimah al-Yahya]
Tanpa kita sedari,bahawa kita sedang hidup dalam cinta...namun kelalaian hati kita menyebabkan kita tak menyedari kehadiran cinta yang sentiasa menghiasi kehidupan yang kita lalui.Semoga dengan barakah kemuliaan Ramadhan kali ini,di mana Ramadhan merupakan salah satu ciptaanNya yang istimewa,Allah mengampuni dosa-dosa kita dan menjadikan kita termasuk di dalam golongan kekasihNya..
لا تعذل المشتاق في أشواقه
حتّى يكون حشاك في أحشائه
Jangan kamu menghina mereka yang merindu dalam kerinduan mereka....
sehingga kamu merasakan apa yang dirasakannya...
