Antara perkara yang sentiasa menjadi kesukaan saya ialah melihat pemandangan bintang pada waktu malam dan melihat kapal terbang di langit sana,terutama kala senja dan waktu malam.
Sewaktu zaman sekolah menengah dulu-dulu,ketika saya dalam tingkatan 2....selepas penat ulangkaji pelajaran pada waktu malam,saya akan berehat sambil menatap bintang-bintang di langit sana.Selalu set masa,biasanya lepas Isyak kalau tak silap dalam pukul 9.30 malam pasti akan kelihatan kapal terbang di langit malam sana dengan lampunya yang berkelip-kelip.Sewaktu itu selalu je terfikir,macam mana yer besi seberat kapal terbang boleh terbang setinggi tu?Tapi kehadiran kapal terbang dengan lampunya yang berkelip-kelip memang menambahkan ketenangan & keindahan pemandangan di angkasa malam sana...comel.
Sewaktu kecil dulu,saya bercita-cita untuk menjadi juruterbang,sebabnya kerana nak melihat pemandangan langit malam di atas sana.Selalu saya kumpul gambar dan artikel tentang kapal terbang yang saya jumpa dalam suratkhabar,lalu saya tampal di dinding tepi katil saya.Ada juga beberapa buah model kapal terbang saya susun di atas meja tepi katil saya.Setiap kali sebelum tidur,saya akan ambil salah satu model kapal terbang itu dan merenungnya,sambil berangan-angan....indah.
Apa yang indah itu....ialah bintang-bintang di langit malam sana.Ia satu pemandangan yang menenangkan.Di dunia ini,di mana saja kita berada...di mana saja kita melangkah...di mana saja kita berpijak,kita akan tetap melihat kerlipan bintang yang sama,di langit yang sama kerana kita berkongsi dunia yang sama...
Sewaktu saya di alam persekolahan dulu,sering saya dan kawan-kawan tak sabar untuk menamatkan zaman persekolahan,selalu terfikir nak jadi orang dewasa....dan sekarang ada waktu-waktunya,dan adakalanya terdetik rasa rindu di hati untuk kembali ke alam lama;zaman persekolahan yang banyak menyimpan kenangan lama.
Itulah kisah saya dulu-dulu.Sekarang saya sudah remaja,sudah hampir melangkah ke alam dewasa.Jika di zaman sekolah rendah dulu-dulu saya seorang yang nakal dan hampir dikenali semua guru di sekolah kerana kenakalan saya,sekarang saya sedikit pendiam,cuma tak se'ramah' dulu.Masa yang berlalu banyak merubah diri saya.Terkadang saya sedikit sukar untuk memulakan perbualan kalau bertemu dengan orang-orang yang baru saya kenal,kerana tak tahu apa yang nak dibualkan dan kerana kebiasaan saya yang suka berseorangan.Kalau mengembara pun berseorangan.Tetapi jika lama bersahabat dan ada keserasian,insya Allah saya akan mudah untuk memulakan perbualan dengan mereka...
Dan saya taklah ada ramai kawan.Kebanyakan sahabat saya adalah sejak dari bangku sekolah rendah dan menengah.Dan ada juga beberapa orang kawan yang baru saya kenal di kampung.
Namun bersyukur,walau tak ramai,tapi memiliki sahabat-sahabat yang baik;ada yang kelakar,ada yang pendiam dan ada yang selalu happy go lucky...saya ibarat kertas putih yang kosong,dan mereka ibarat lakaran warna-warni di atas kertas itu yang menjadikannya cantik dan indah.Tanpa kehadiran mereka...pasti kertas putih itu akan kekal kosong tak berwarna...
Walau adakalanya saya merasa sedikit gugup bila berdepan dengan suasana yang baru kerana sifat saya yang sedikit pendiam dan tak pandai untuk mulakan bicara,Alhamdulillah saya cuba untuk belajar menghargai diri seadanya...sebab kalau kita tak hargai diri kita,takkan ada lagi diri kita yang kedua di dunia ni.
Dan sekarang,saya taklah menjadi seorang juruterbang ataupun arkitek yang selalu saya cita-citakan,walaupun saya telah berkali-kali berusaha untuk mencapai impian saya ni...namun bukan ini takdir yang tertulis untuk saya.Saya hanya insan biasa.Hidup kita,setiap harinya sentiasa duduk di dalam kotak-kotak takdir yang telah disusunNya.Teringat kalam murobbi,
"Satu saat setiap manusia akan faham,bahawa hidupnya hanya mengikuti iradah Allah saja,bukan ikut siapapun..."
Akhir kata...kehidupan di dunia ini banyak mendidik kita,bahawa apa yang paling indah dalam hidup ini ialah sederhana.Saya tak pernah bertemu dengan sesuatu yang lebih indah daripada sederhana.Bersederhana selalu menjadi pintu kebahagiaan.Saya pernah menonton sebuah drama Korea,Baker King.Dan saya tertarik dengan kata-kata master Palbong kepada Kim Tak Goo,
"Life is experiencing.Experiencing bad times & experiencing sad times.Experiencing good times & experiencing happy times."
Bahawa hidup ini ialah pengalaman.Pengalaman tatkala menghadapi masa buruk dan pengalaman tatkala menghadapi saat sedih.Pengalaman tatkala menghadapi saat bahagia dan pengalaman tatkala menghadapi saat gembira.... :-)
p/s:Sama-sama doakan saudara kita di Mesir.Mereka ialah saudara kita,meskipun kita tak pernah bertemu dan bertentang mata dengan mereka,mereka tetap saudara kita.Ikatan iman di dalam hati yang menyambungkan jiwa-jiwa kita dengan mereka meskipun berjauhan...kerana ukhuwwah ruh itu tak terhalang oleh jauhnya tempat...dan tak terpisah dari jauhnya jarak...sepertimana cinta.Jika kita mencintai seseorang,jauhnya sang kekasih takkan menghalang kita untuk terus berdoa untuknya...setiap detik.
Pesan Shaykhuna al-Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah,hafizohullah,
Pesan Shaykhuna al-Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah,hafizohullah,
"Kita tidak mampu menolong rakyat Mesir,tetapi kita mampu berdoa kepada Allah agar rakyat Mesir diberi pertolongan oleh Allah Ta'ala.Jauhkan diri kita dari maksiat agar doa kita di angkat oleh Allah.Ingatlah sekiranya kita tidak muliakan Allah dan Rasul nescaya kita akan dihinakan oleh Allah."


