-->

::Sufi Dan Haraki ::

advertise here
Harakah dan sufi tak pernah terpisah,bahkan harakah itu sebahagian daripada metodologi dakwah sufi.


"Tak semua "haraki" tu sufi...tetapi sudah pasti setiap sufi itu "haraki"."
[Shaykh Zainul Asri Md.Romli,hafizohullah]

Shaykh Zainul Asri Md.Romli sendiri seorang sufi.Beliau ialah Setiausaha Dewan Ulama' PAS Kedah.Beliau sentiasa berdamping dengan para ulama' sufi seperti al-Habib Umar Ben Hafiz,al-Habib Kazim as-Saqqaf,al-Habib Dr.Muhammad Abdul Ba'ith al-Kattani dan ramai lagi,bahkan beliau pernah berbai'at dalam Tariqat al-Naqsyabandiyyah daripada al-'Arifbillah Shaykh Muhammad Hisyam al-Kabbani.

Begitu juga dengan Timbalan Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Prof.Dr.Haron Din al-Hafiz.Beliau pernah berguru dengan al-'Arifbillah Shaykh as-Sayyid Muhammad Nazim Adil Qubrusi al-Haqqani al-Naqshabandi al-Hasani al-Husaini. 

Almarhum Dr Burhanuddin al-Helmy,beliau adalah antara tokoh awal terpenting dalam pergerakan parti PAS dan pernah menjadi Presiden PAS.Beliau juga seorang sufi.Beliau mengambil tarbiyyah sufi dalam Tariqat al-Naqsyabandiyyah al-Khalidiyyah daripada gurunya,al-'Arifbillah Shaykh Haji Mohd Yatim[murid pada al-'Arifbillah Shaykh Abdul Wahab Rokan Besilam al-Naqsyabandi].Bahkan ayah beliau,Haji Mohd Noor merupakan seorang sufi juga dalam Tariqat al-Naqsyabandiyyah.Almarhum Dr.Burhanuddin al-Helmy merakamkan kehidupannya sebagai seorang sufi di dalam buku Simposium Tariqat dan Tasawwuf.

Sejarah Ikhwanul Muslimin.Al-Imam Hassan al-Banna ialah seorang sufi.Lahir daripada keluarga dan persekitaran sufi.Bapanya,Shaykh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna seorang ulama' sufi yang zuhud.Imam Hassan al-Banna mengambil tarbiyyah sufi daripada guru beliau,al-Arifbillah Shaykh as-Sayyid Muhammad Abdul Wahab al-Husofi dalam Tariqat al-Syazuliyyah al-Husofiyyah.Beliau juga selalu berdamping dengan para ulama' sufi pada waktu itu,antaranya al-Arifbillah Shaykh Yusuf ad-Dijwi,al-Arifbillah al-Muhaddith Shaykh Muhammad Hafiz at-Tijani,al-Arifbillah Shaykh al-Azhar Dr.Abdul Halim Mahmud al-Syazuli dan al-Arifbillah Shaykh Abdul Fattah Abu Ghuddah.

Begitu juga dengan Shaykh Sa'id Hawwa,salah seorang pimpinan Ikhwanul Muslimin.Di antara guru beliau ialah guru kepada guru kami(Shaykhuna al-Habib Yusuf Muhyuddin Riq al-Bakhour al-Hasani al-Husaini),iaitu al-Arifbillah as-Sayyid Muhammad al-Hasyimi al-Hasani al-Jaza'iri al-Syazuli.Shaykh Sa'id Hawwa ada mengarang sebuah kitab yang menghuraikan Hikam al-Imam Ibn Atha'illah al-Iskandari asy-Syazuli.

Almarhum Shaykh Izzuddin al-Qassam,yang namanya diabadikan oleh pejuang Palestin...beliau bukan sahaja seorang mujahidin,bahkan beliau seorang murobbi sufi dalam Tariqat al-Syazuliyyah.Bapa beliau,Shaykh Abdul Qadir al-Qassam dan datuk beliau,Shaykh Mustafa al-Qassam merupakan sufi dalam Tariqat al-Qadiriyyah.Begitu juga Sultan Salahuddin al-Ayyubi.Madrasah Imam al-Ghazali dan Madrasah al-Imam Abdul Qadir al-Jailani al-Hasani al-Husaini(Tariqat al-Qadiriyyah) banyak mempengaruhi perjuangan jihad beliau.Juga Sultan Muhammad al-Fateh di mana guru beliau al-'Arifbillah Shaykh Syamsuddin al-Wali al-Naqsyabandi banyak mempengaruhi beliau dalam usaha menakluk Kota Konstantinopel.


Di Syria hari ini,beberapa orang ulama' sufi seperti Shaykh as-Sayyid Dr.Mahmud Abu al-Huda Badru al-Kamil al-Husaini al-Syazuli,Shaykh as-Sayyid Muhammad Abul Huda al-Yaqoubi al-Hasani al-Syazuli dan Shaykhuna al-Habib Yusuf al-Hasani al-Husaini al-Syazuli gigih berjuang untuk rakyat Syria.

Kesimpulannya,sufi dan haraki tak pernah terpisah.Perjuangan harakah dan pertubuhan Islam sama ada luar negara mahupun dalam negara seperti PAS,ABIM,IKRAM dan sebagainya memerlukan kekuatan jiwa untuk menghadapi cabaran mendatang.Dakwah ini punya pelbagai cara,dan berbeza-beza.Bahkan sejarah telah menuliskan bahawa peranan dakwah dan perjuangan banyak dibawa oleh ulama'-ulama' sufi,seperti perjuangan dakwah Wali Songo dan para habaib umpamanya.

Hakikatnya,perjuangan tasawwuf dan sufi adalah perjuangan yang indah....sehingga al-Imam Mawlana Jalaluddin ar-Rumi sentiasa tenggelam dalam lautan cinta kepadaNya sehingga setiap kata-kata dan tulisannya masih diabadikan sehingga kini.Tasawwuf yang berlandaskan al-Qur'an dan as-Sunnah itu indah.Al-Imam Junaid al-Baghdadi,rahimahullah pernah berkata,
"Ilmu kami ini iaitu ilmu Tasawwuf diperkukuhkan dengan al-Qur'an dan dengan dalil daripada hadith Sayyiduna Rasulullah ."

Semoga Allah s.w.t. memelihara kesinambungan ini dalam memelihara perjuangan dan dakwah para muslimin. Amiin…

Click to comment