-->

::Mutiara Kekasih::

advertise here

i) Diceritakan,ada seorang yang hidupnya banyak masanya untuk berdakwah,sehingga suatu masa isterinya mengeluh kerana suaminya itu kurang meluangkan masa bersama-sama dengan ahli keluarganya...lalu sambil tersenyum lelaki itu menjawab dengan bahasa cinta,
"Sesungguhnya banyak masa yang aku korbankan untuk manusia,dan mereka memiliki masaku itu...tetapi engkau memiliki aku.Aku sentiasa menjadi milikmu dan sentiasa bersama-samamu."


ii) Dikisahkan,ada seorang murid yang sentiasa mengikut rehlah dakwah gurunya.Setiap kali dalam rehlah dakwah,apabila ada orang yang meminta serban gurunya,lalu gurunya terus memberi serban beliau kepada orang itu...dan apabila orang meminta itu dan ini dengan gurunya,dengan senang hati sang guru tersebut memberi apa yang diminta oleh mereka....lalu sang murid tertanya-tanya di dalam hati,
"Mengapa ya,setiap kali orang-orang ini meminta itu dan ini kepada guruku,dengan senang guruku memberinya...tetapi aku yang sentiasa mengikut guruku ini tak pernah dapat pun seperti mereka semua."

Lalu satu ketika,si murid ini melontarkan pertanyaan tersebut kepada gurunya.Sambil tersenyum,sang guru pun berkata kepadanya dengan penuh kasih sayang,
"Wahai anakku,mereka memiliki serbanku dan mereka memiliki jubahku tetapi mereka tidak memiliki aku.Sedangkan engkau walaupun tidak memiliki semua itu,tetapi engkau memiliki aku...yang sentiasa bersama-samamu."

iii) Seseorang telah memuji keindahan seorang ulama' Ba' Alawi,lalu sang ulama' tersebut menjawab dengan penuh tawadhu',
"Telah aku sedaya untuk mencantikkan keadaanku dengan kecantikannya(ﷺ),
Yang kecantikannya (ﷺ) berada pada pada kemuliaan yang tertinggi...
Telah aku sedaya untuk mencantikkan keadaanku dengan kecantikannya(ﷺ),
Yang tidak ada mata yang melihat tanpa terpesona hati...
Telah aku sedaya untuk mencantikkan keadaanku dengan kecantikannya(ﷺ),
Dengan kurnia kepadanya (ﷺ)yang dimuliakan oleh Yang Maha Tinggi..."

Click to comment