Kelihatan sekumpulan pemuda duduk di tepi-tepi jalan sambil membawa alat pertukangan.Begitulah suasana di Indonesia.Para pemuda akan berkumpul di tepi-tepi jalan untuk mendapatkan pekerjaan.Jika ada yang berhenti,mereka akan bertanya sama ada khidmat mereka diperlukan atau tidak untuk bekerja.
Kebiasaannya,jika ada lori-lori yang memerlukan pekerja melalui kawasan tersebut,lori-lori tersebut tidak berhenti tetapi pemandu lori tersebut akan menjerit sambil memandu lori,
"Kami memerlukan beberapa orang pekerja untuk membuat kerja begini-begini.Siapa cepat,dia dapat."
...kerana jika pemandu lori itu berhenti,nanti dia akan pening untuk memilih pekerja yang ingin dibawa bekerja,sedangkan dia hanya memerlukan beberapa orang saja untuk dibawa bekerja.Lalu berlari-larilah pemuda-pemuda tersebut ke arah lori itu untuk menaikinya.Siapa cepat,dia dapat. :-)
Namun,indahnya adab yang ditunjukkan mereka.Setelah beberapa orang pemuda berjaya menaiki lori tersebut,sebahagian pemuda yang tidak sempat menaiki lori tadi kembali semula ke tepi jalan sambil ketawa riang.Di wajah mereka tak tergambar pun wajah kecewa atau marah,tapi mereka akan tersenyum ceria sambil berkata,
"Tak apalah,itu dah jadi rezeki mereka."
~Kisah ini diceritakan oleh kekasih kami,hafizohullah
dalam salah satu daurah beliau
Adakalanya,dan selalunya...kita dapat mempelajari hikmah dari peristiwa hidup dan kehidupan orang-orang di sekeliling kita.
Keindahan itu tak selalunya diambil dalam keadaan penuh kesempurnaan.....yang indah dan cantik itu sentiasa terzahir dalam suasana dan kehidupan yang sederhana.
Contohnya suasana bandaraya yang sibuk dan mempunyai semua keperluan yang kita inginkan mungkin adalah suasana yang baik dan selesa...tetapi jika diberi pilihan....
suasana rumah yang sederhana,di kawasan kampung yang tenang,sambil dikelilingi sawah padi dan bukit bukau...setiap petangnya dapat melihat kanak-kanak berlari riang bermain sesama mereka...
itu lebih indah dan menenangkan. :-)

“If your heart is beautiful,you will love others.
If your tongue is beautiful,others will love you.”
#RugayyahShahab