-->

::Sunnah Penglihatan Rasulullah ﷺ::

advertise here

1)Nikmat penglihatan dan nikmat mata ialah nikmat yang terbesar daripada nimat-nikmat Allah.Berapakah yang perlu seseorang itu membayar untuk mata ini?Jika manusia mahu membayar matanya dengan harganya berjuta-juta ringgit,ratusan juta....adakah dia mungkin membeli matanya?Nikmat Allah ke atas kita sangat besar.Allah memerintahkan kita untuk melihat dan memperhatikan beberapa banyak(di dalam al-Qur’an)Allah memerintahkan kita untuk menggunakan mata untuk berfikir.

2)Sifat Mata Nabi
Rasulullah mempunyai mata yang cantik,mata yang besar.Mata baginda juga luas.Hujung mata baginda panjang.Bulu mata baginda panjang,hitam dan lebat.Mata baginda cantik.Bersama-sama kecantikan ini adalah kecantikan pandangan baginda .

3)Kepada Apakah Ditujukan Pandangan Nabi ?
Nabi suka memandang kepada kehijauan,epal yang merah dan baginda suka melihat kepada air yang mengalir;iaitu Nabi suka melihat kepada kecantikan dan pemandangan-pemandangan yang baik,kerana ia memberi kesan kepada diri dan hati,dan manusia dapat hidup dalam ketenangan dan kerehatan.

4)Nabi memandang orang lain dengan pandangan rahmat.Pandangan baginda dipenuhi rahmat,kerana setiap pandangan itu memberi makna kepada manusia;pandangan rahmat,kasih sayang,kemarahan,tipu daya.Sesungguhnya pandangan Nabi kepada manusia merupakan pandangan rahmat.

5)Bagaimana Pandangan Nabi ?
Bahawa Nabi hanya memandang kepada orang lain hanya seketika,iaitu memandang mereka dengan rasa malu dan tidak menajamkan pandangan baginda kepada orang lain tetapi baginda melihat mereka dengan pandangan yang lembut.Daripada sunnah baginda ,bahawa pandangan baginda banyak menghala ke bumi daripada ke langit.Baginda sangat tawadhu’ dan beradab dengan Allah.

 6)Baginda tidak banyak melihat kepada perkara-perkara dunia.Jika baginda melihat perkara dunia yang menakjubkan baginda ,maka baginda mengucapkan,
Tiada kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan akhirat.
Hari ini,jika seseorang melihat kereta yang mengkagumkannya,kemudian dia melihat kereta yang lebih hebat darinya.Jika dia mempunyai rumah,dia melihat rumah yang lebih hebat darinya.Jika dia mempunyai ‘gadget’yang hebat,akan muncul ‘gadget’ yang lebih baik darinya.Jadi,manusia sentiasa dalam kepenatan.Jika anda berkata,
Tiada kehidupan kecuali kehidupan akhirat.
Maka anda redha dengan apa yang ada,dan anda mengikut kemampuan anda,dan nikmat akhirat adalah nikmat yang abadi dan kekal.
Dan Allah mendidik baginda adab ini,
Jangan engkau tujukan pandanganmu kepada kenikmatan yang kami kurniakan kepada beberapa golongan daripada mereka sebagai bunga kehidupan dunia.[Q.S.Taha:131]

7)Mata Adalah Saluran Ke Hati
Nabi sangat mulia.Pada hari ini mata kita disibukkan memandang banyak perkara tanpa berfikir.Mata ialah saluran ke hati.Setiap perkara yang dilihat akan dicetak ke dalam hatimu.Lihatlah bahaw ahatimu begitu berharga bagimu.Apa yang dilihat akan dicetak ke dalam hatimu.Mata ini ialah alat pencetak ke hati.Sebahagian manusia suka memandang perkara yang tidak penting,seperti iklan-iklan di jalanraya.Jika seseorang banyak melihat perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah,pandangan ini akan membawa kepada banyak faedah dan ilmu.

8)Mukjizat-Mukjizat Penglihatan Nabi
Nabi melihat bintang-bintang di langit,apa yang tidak dapat dilihat oleh manusia dalam bilangan bintang-bintang.(Sebagai contoh)Jika manusia melihat 7 bintang tetapi baginda melihat 11 atau 12 bintang.

9)Nabi bersabda,
Berdiri tegak dan luruskan safmu.Sesungguhnya aku melihatmu dari belakang badanku sepertimana aku melihatmu dari hadapanku.
Allah mengurniakan baginda banyak mukjizat pada penglihatan baginda .

10)Mata Yang Sibuk Ambil Tahu
Ramai manusia,jika seseorang membuka telefon bimbitnya,maka orang di sebelahnya sibuk melihat apa yang tertulis di telefonnya.Jika seseorang melalui rumah yang terbuka,dia sibuk mengintai ke dalam rumah itu.Perbuatan suka mengintai ini dilarang oleh Allah,Allah berfirman,
“Jangan mengintai..”

11)Kesan Mata
Mata dan penglihatan mempunyai rahsia dan kesan,Subhanallah.Apabila seseorang memandang sesuatu dengan pandangan hasad dan ta’ajub dengannya,mungkin ia boleh menyebabkan kemudharatan.Oleh itu,jika kamu melihat sesuatu yang engkau kagumi,maka ucapkan Masya Allah,Tabarakallah,atau mengingati Allah dan berselawat ke atas Nabi .
Sesungguhnya kezaliman yang boleh memudharatkan melalui penglihatan dapat terjadi dan dihapuskan dengan izin Allah.Pandangan yang mengandungi hasad dan zalim boleh memudharatkan,dan pandangan yang dipenuhi rahmat dan kasih sayang boleh memberi manfaat dengan izin Allah.

12)Penjagaan Mata Nabi
Penglihatan adalah antara nikmat yang terbesar daripada Allah.Mata anda memerlukan penjagaan dan bantuan,kerana Nabi menjaga mata baginda .Maka baginda menggunakan ithmid dan celak.Nabi bersabda kepada kita,
“Bercelaklah kamu dengan ithmid,kerana ia mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata.”
Ini adalah sunnah Nabi yang perlu kita titik beratkan kerana Nabi tidak pernah meninggalkan celak walaupun dalam musafir,baginda membawa celak bersamanya.
Dan daripada sunnah baginda bahawa baginda bercelak,mata kanan sebelum mata kiri.Dan baginda bercelak 3 kali kanan dan 3 kali kiri atau 3 kali kanan dan 2 kali kiri.Apa yang penting,baginda suka melakukan amalannya secara ganjil.3 kali kanan,3 kali kiri atau menjadikan setiap amalan baginda ganjil.Mungkin kita telah melupakan sunnah ini,maka sesiapa yang mengamalkannya dia telah menghidupkan sunnah kekasih kita .

13)Penglihatan Ialah Kunci Kepada Ilmu
Nabi telah duduk pada suatu malam,dan baginda melihat bulan purnama di langit.Baginda berkata kepada para sahabat,
“Adakah kamu melihat bulan itu?”
Mereka menjawab,
“Ya,wahai Rasulullah .”
Baginda bersabda,
“Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhanmu di syurga(yang tiada apa pun yang menyerupaiNya dan Allah tidak menyerupai sesuatu),seperti kamu melihat bulan ini yang tidak pernah kamu lihat sebelumnya.”
Tuhan kita telah memuliakan Nabi pada malam Mi’raj dengan melihat kepada wajahNya yang mulia.Dan kita berharap dengan mengikut sunnah Nabi ,dan mengikut sunnah penglihatan baginda ,Allah akan memuliakan kita untuk memandang wajahNya bersama-sama Nabi .Maka kita akan mendapat kedudukan yang tertinggi di dalam firman Allah,
“Katakanlah(wahai Muhammad ),jika kamu menyintai Allah,maka ikutilah aku,kamu akan dicintai Allah.”


::al-Habib Muhammad Abdul Rahman al-Saqqaf,hafizohullah,Fattabiouni::

Click to comment