-->

::Adab Makan Rasulullah ﷺ::

advertise here

1)Antara nikmat terbesar yang dikurniakan kepada kita ialah makanan dan minuman.Allah jadikan makanan dan minuman sebagai asas penting dalam hidup manusia.Manusia tidak akan dapat meneruskan hidup tanpa makan dan minum.Islam juga mengambil berat tentang makanan.Nabi  meninggalkan pelbagai sunnah yang berkaitan dengan makanan.Ada tentang adab,etika atau maksudnya,pelbagai amalan yang manusia boleh amalkan berkaitan dengan nikmat ini.

2)Perkara pertama yang ditegaskan oleh Allah tentang ini dalam firmanNya,
“Makan dan minumlah.”
Yang bermaksud makanlah dengan senang hati.
“Ini adalah nikmat pemberianKu.Makanlah dan minumlah.”
Namun ada 2 syarat penting.Allah berfirman,
“...dan janganlah kamu membazir.”
Pertama,Allah menegah kita daripada membazir.Kedua,Allah menegah kita daripada makanan yang haram.

3)Makanan merupakan sumber tenaga kerja untuk tubuh badan.Terdapat banyak amalan Nabi  berkaitan dengan makanan.Sunnah baginda  yang pertama ialah sunnah membasuh tangan.Kita mesti membasuh tangan sebelum makan.Ramai orang membasuh tangan tetapi mereka lupa bahawa ini adalah antara sunnah Rasulullah .Ia bukan hanya untuk kebersihan tetapi ia juga adalah sunnah Rasul kita .Selepas membasuh tangan,kita disunatkan duduk dengan betul di hadapan makanan.Nabi  duduk dalam keadaan iftirasy.Dengan cara duduk seperti ini,Nabi  bermaksud beradab di hadapan Allah.

4)Antara sunnah lain ialah membaca Bismillah.Antara sunnah Rasulullah  juga termasuklah makan dengan tangan kanan.Sabda baginda  
“Wahai anak muda,bacalah Bismillah,makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang berdekatan denganmu.”
Penting untuk kita makan makanan yang berdekatan dengan kita terutama bila berkongsi makanan(seperti makan seramai 4 orang pada satu talam).Tetapi jika makan daripada pinggan yang berlainan,bolehlah kita ambil yang mana-mana dahulu.Namun,bagi makanan yang dikongsi,tidak elok untuk kita ambil yang jauh.Orang akan berasa tidak selesa jika kita berbuat begitu.

5)Nabi  makan dengan suapan yang kecil.Baginda  makan dengan tangan kanan.Nabi  juga tidak makan makanan yang terlalu panas.Baginda  bersabda bahawa tiada keberkatan pada makanan seperti itu.

6)Sabda Nabi 
 “Jika serpihan makanan jatuh,kutip,bersihkan dan makanlah.Jangan tinggalkannya untuk syaitan.”
Jika kita ingin mendidik ahli keluarga kita,masaklah makanan yang kita perlukan saja.Jika ada makanan lebih,katakan kita akan kurangkannya esok.Untuk mendidik anak-anak,jika mereka tinggalkan baki makanan dalam pinggan,katakan padanya,
“Anakku,apa kita nak buat dengan makanan ini?Kita bertanggungjawab terhadap makanan ini di hari kiamat nanti.”

7)Antara sunnah Nabi  ialah melicinkan pinggan.Baginda  tidak akan tinggalkan saki-baki makanan di dalam pinggan.Baginda  juga menjilat jari-jari baginda dan bersabda,
“Kamu tidak tahu pada cebisan mana terletaknya keberkatan.”
Mungkin pada sisa terakhir makanan itu Allah letakkan keberkatanNya dan mungkin padanya ada penawar dan menyihatkan tubuh badan anda.Inilh disiplin yang diamalkan Rasulullah  berkaitan makanan.

8)Kadangkala terdapat lebihan makanan.Ia kerap berlaku di restoran dan juga di rumah.Membiarkan makanan dibuang merupakan kesalahan yang besar.Menghabiskan(tidak membazirkan)lebihan makanan juga menjadi sebab timbangan amalan menjadi ringan pada hari kiamat nanti.
Jika ada lebihan makanan,asingkan dan bungkuskannya kemudian berilah kepada mereka yang memerlukan.Tidak perlu malu untuk lakukan perkara ini.

9)Nabi  ada makanan kegemaran.Baginda  suka makan Thareed,iaitu roti dan daging campur berkuah.Masakan seperti ini wujud sehingga hari ini dalam pelbagai bentuk:Harees,Thareed,Qursaan,Lasagna.Banyak makanan kini menggunakan bahan-bahan ini.Itulah Thareed,roti daging campur berkuah,Nabi  sukakan makanan ini.

10)Nabi  makan tembikai bersama kurma.Baginda  makan kurma dahulu kemudian diikuti dengan tembikai.Kadangkala baginda  makan Qithaa dengan kurma,sejenis timun yang berwarna cerah.Baginda  makan kurma dahulu kemudian Qithaa.Nabi  bersabda,
“Kita leraikan kepanasan makanan ini dengan kesejukan makanan ini.”


11)Nabi  sukakan makanan manis.Jadi,belilah manisan sama ada coklat,pastri,biskut,kek dan semua jenis makanan manis termasuk aiskrim.Ada sabda Nabi  untuk mereka yang sukakan aiskrim, “Sesungguhnya Rasulullah  sukakan makanan manis dan sejuk.”

12)Antara makanan lain yang digemari Nabi  ialah cuka dan minyak zaitun.Nabi  menyebut kebaikan cuka ketika sebuah keluarga berasa malu untuk hidangkan cuka kepada baginda ,baginda  bersabda,
“Sebaik-baik kuah adalah cuka.”
Cuka bukan makanan yang remeh,ia adalah makanan yang bagus.Hadith kedua adalah tentang minyak.Nabi  sukakan minyak terutama minyak zaitun.Sabda baginda ,
“Ambillah minyak zaitun dan sapukannya pada badan.Sesungguhnya ia dari pohon yang diberkati.”

13)Antara adab makan amalan Nabi  adalah dengan memuji Allah setelah selesai makan.Baginda  bersabda,
“Segala puji bagi Allah yang memberikanku makanan dan rezeki ini dari sisiNya,bukan dari kekuatanku.”
Selepas makan,kita disunatkan membasuh tangan dan berkumur.Inilah secara ringkasnya,antara sunnah Nabi  ketika makan.Hadith Nabi yang menarik perhatian kita ialah,
“Sesungguhnya Allah meredhai hambaNya yang makan kemudian mensyukuriNya,yang minum kemudian mensyukuri Allah kerana minuman itu.” 
Kita akan sentiasa tahu Nabi  merupakan contoh terbaik untuk setiap urusan hidup kita.


::Habib Muhammad Abdul Rahman al-Saqqaf,hafizohullah,Fattabiouni::

Click to comment