1)Sayyidina Rasulullah ﷺ begitu baik dalam layanannya kepada kanak-kanak.Baginda ﷺmempamerkan asas pendidikan untuk kanak-kanak.Sesungguhnya kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah yang baik.Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah.Buktinya,bayi dilahirkan dalam keadaan tulen,suci dan bersih dari segala kekurangan.Dan baginda ﷺ memelihara kesucian dan ketulenan ini.
2)Antara contoh belaian kasih baginda ﷺ kepada kanak-kanak ialah baginda ﷺsuka menghidu,mendakap dan mencium mereka.Pernah Al-Aqra’ bin Haris melihat baginda,ﷺ juga beberapa orang badwi berkata kepada baginda:“Ya Rasulullah ﷺ,kamu mencium kanak-kanak kamu?”
Nabi menjawab:“Ya”
Lalu mereka berkata,“Sesungguhnya kami tidak mencium kanak-kanak kami.”
Rasulullah ﷺ bersabda lagi,“Apa yang aku akan buatkan untuk kamu,andainya Allah merampas sifat rahmat dari hati-hati kamu.”
Ini bukti bahawa mencium kanak-kanak adalah rahmat dan kasih sayang.Ramai yang tidak tahu bahawa ini adalah satu ibadah dan kebaikan,iaitu mencium dan mendakap kanak-kanak.
3)Nabi ﷺ suka mendukung kanak-kanak.Kerap dilihat Sayyidina Hasan,radhiyallahu ‘anhu atau Sayyidina Husin,radhiyallahu ‘anhu atau kedua-duanya di atas bahagian belakang Rasulullah ﷺ.Suatu hari,Sayyidina Anas bin Malik,radhiyallahu ‘anhu datang.Beliau melihat Nabi ﷺ dalam keadaan menongkat 2 tangan dan 2 kakinya,dan Hasan dan Husin sedang bermain di atas belakang baginda ﷺ.Maka Sayyidina Anas berkata kepada Nabi ﷺ,
“Sebaik-baik tunggangan adalah tunggangan kamu berdua.”
Lalu Nabi ﷺ bersabda,
“Dan merekalah sebaik-baik penunggang,ya Anas.”
Nabi ﷺ memberi kepada mereka berdua(Hasan dan Husin)kedudukan dan kemuliaan.
4)Bermain penting untuk pembesaran kanak-kanak,juga baik untuk jiwa dan tubuh badan.Antara keindahan dalam hidup Rasulullah ﷺ adalah ketika melayani kanak-kanak.Nabi ﷺ selalu bermain dan bergurau senda dengan kanak-kanak.Pernah baginda ﷺ mengambil air dan membalingnya ke muka kanak-kanak,sehingga kanak-kanak itu ketawa dan bermain dengan baginda ﷺ.
5)Nabi ﷺ memiliki sifat kasihan.Baginda ﷺ begitu melindungi kanak-kanak.Suatu ketika,baginda ﷺ bersolat di dalam masjid.Ketika bersolat,Umamah binti Zainab datang kepada baginda ﷺ dan memanjat belakang baginda ﷺ.Ketika itu baginda ﷺ dalam keadaan sujud.Lamanya baginda ﷺ bersujud sehingga para sahabat menyangka bahawa baginda ﷺ mengalami kekejangan.Setelah selesai bersolat,baginda ﷺ bersabda,
“Anak perempuanku ini duduk di atasku dan aku tidak mahu mengganggunya.”
6)Sesiapa yang membimbing anak-anaknya,dia telah menjinakkan hasadnya.Nabi ﷺ mendidik mereka,membimbing serta menanam nilai murni kepada mereka,kerana inilah waktu yang sesuai untuk mendidik mereka tentang nilai dan prinsip hidup.Sayyidina Husin pernah mengambil sebiji kurma yang tidak halal baginya,kerana zakat tidak halal bagi ahli keluarga baginda ﷺ.Lalu baginda ﷺ mencabut kurma daripada mulutnya(Husin)dan berkata,“Kakh...Kakh..”.Maka Husin mengeluarkan kurma dari mulutnya,dan baginda ﷺ bersabda,
“Ia tidak halal bagi kita sebagai keluarga Muhammad,kerana ia adalah zakat.”
7)Baginda ﷺ pernah melihat seorang ibu memanggil anaknya yang bernama Abdullah.Ibunya memanggil,
“Ya Abdullah!Datang ke sini,aku nak berikan kamu sesuatu.”
Apabila Abdullah datang,baginda ﷺ bertanya kepada si ibu,
“Apa yang kamu nak berikan kepadanya?”Lalu jawab si ibu,
“Saya akan berikan dia buah kurma.”
Nabi ﷺ bersabda,
“Sekiranya kamu tidak berikan apa-apa kepadanya,nescaya dituliskan untuk kamu sebagai penipu di sisi Allah.”
Nabi ﷺ mengajar kita bercakap benar.Ramai di antara kita menipu ketika bermain dengan anak-anaknya,seperti dia memanggil anak-anaknya kerana ingin memberi kepadanya sesuatu tetapi dia berbohong.Dia telah menanam sifat buruk dalam diri anaknya.Rasulullah ﷺ suka mendidik kanak-kanak dalam berkata benar dan juga bersikap berani.
8)Rasulullah ﷺ biasa berlumba dengan kanak-kanak.Nabi ﷺ pernah meminta anak saudaranya,Sayyidina Abdullah bin Abbad,radhiyallahu ‘anhu dan beberapa orang saudara kandung beliau berbaris di satu tempat dan baginda ﷺ duduk di satu tempat.Kemudian baginda ﷺ memanggil mereka datang kepada baginda ﷺ secara berlumba.Apabila sampai,mereka merebahkan badan mereka ke atas dada Rasulullah ﷺ.Inilah Nabi ﷺ,pemimpin ummah.Melayan kanak-kanak dengan penuh lembut dan berakhlak baik.Adakah kita turut berakhlak sebegini?
9)Seseorang mungkin memukul budak disebabkan dia membaling sesuatu,juga seseorang menengking dan memarahi budak disebabkan perkara yang remeh.Nabi ﷺ tidak pernah memukul orang lain dan tidak pernah menyakiti kanak-kanak.Nabi ﷺ meletakkan 1 kaedah penting,“Perintahkan anak-anakmu bersolat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka ketika berusia 10 tahun.”
Pukul di sini,bukanlah pukulan yang kuat.Tetapi dikatakan memukul dengan benda seperti batang siwak.Ia dilakukan agar kanak-kanak betul-betul merasai teguran.Rasulullah ﷺ sendiri tidak pernah melakukannya.Tetapi baginda ﷺ begitu penyayang dan mulia dalam melayani kanak-kanak.
10)Jadilah guru ketika dia kecil dan kawan apabila dia meningkat usia.Antara hak asasi utama ayah kepada anak-anak ialah melindungi anaknya dengan do’a-do’a.Rasulullah ﷺ melindungi Hasan dan Husin dengan satu do’a penting.Selepas menyapu mereka berdua,baginda ﷺ membaca,
“Aku berlindung dengan nama Allah yang sempurna daripada syaitan dan haiwan yang berbahaya dan daripada bahaya hasad.”
Sesiapa yang membacanya,Ummu Sibyan tidak akan dapat memudaratkannya.Ia sejenis jin yang suka menyakiti kanak-kanak.
11)Antara layanan baik Rasulullah ﷺ kepada kanak-kanak ialah baginda ﷺ suka menggembirakan mereka kerana ingin menghargai dan menggembirakan mereka.Para sahabat biasa membawa kepada Rasulullah ﷺ buah hasil tuaian pertama.Sebaik sahaja buah-buahan di kebun mereka masak,baginda ﷺ akan mengambil,mencium buah tersebut dan bertahmid,kemudian baginda ﷺ akan memberi kepada kanak-kanak yang paling muda di kawasan itu,dengan tujuan memanjai dan menggembirakan kanak-kanak tersebut,kerana Rasulullah ﷺ suka menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak seperti yang disebut di dalam hadith bahawa Allah menyediakan tempat di syurga bagi mereka yang menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak.Ramai yang suka dan sayangkan kanak-kanak tetapi maksud di sini,agar kita hayati maksud mencontohi Rasulullah ﷺ.
::al-Habib Muhammad Abdul Rahman al-Saqqaf,hafizohullah,Fattabiouni::
