-->

::Pintu Cinta::

advertise here

Sayyiduna al-Habib Muhammad ﷺ merupakan makhluk Allah yang terpilih daripada sekalian makhlukNya,yang terpilih daripada sekalian para malaikat,seluruh bangsa jin,dan merupakan makhluk yang terpilih daripada sekalian makhlukNya.

Dengan kepelbagaian seluruh makhluk untuk mengungkapkan tentang kemuliaan Rasulullah ,hingga ke habis waktu...hingga habisnya zaman...sehingga habis kata-kata,namun hakikat akhlak baginda ﷺ tetap masih belum dapat terungkap seluruhnya,kerana hakikat akhlak Rasulullah  ialah terjemahan daripada al-Qur'an,yang ditampilkan melalui akhlak baginda ,sebagaimana kata Sayyidatina Aisyah,radhiyaLlahu 'anha,
"Adalah akhlak Rasulullah  itu al-Qur'an."
[Riwayat Muslim]
Dan al-Qur'an itu tiada penghujungnya.


--JUJUR--

Sayyiduna al-Habib Rasulullah  ialah Shohibul Shodiqin(penghulu orang-orang yang jujur).Tiada orang sejujur baginda ,baik dalam gurauan  pun baginda  tidak pernah berdusta,apatah lagi dalam hal-hal yang serius dan hal-hal yang melibatkan dakwah.Baginda  tidak pernah sekalipun berdusta.Sayyiduna Abu Bakar as-Shiddiq,radhiyallahu 'anhu menjelaskan bahawa sepanjang beliau bersahabat dengan baginda ,tidak pernah sekalipun baginda ﷺ berdusta.

Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah(ayat 119),
"Wahai orang-orang yang beriman!Bertaqwalah kamu kepada Allah,dan hendaklah kamu bersama dengan orang-orang yang jujur(yakni jujur dalam kata-kata,mahupun akhlak dan perbuatan)."

Sabda Sayyiduna Rasulullah ,
"Kejujuran itu akan membawa seseorang kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa ia ke syurga.Seseorang itu apabila membiasakan diri berlaku jujur,sehingga dia akan digolongkan ke dalam golongan orang-orang yang jujur.
Dusta itu akan membawa kepada keburukan,dan keburukan itu membawa ia kepada api neraka.Seseorang itu apabila membiasakan diri berdusta,dia akan digolongkan oleh Allah sebagai orang-orang yang dusta."
[Muttafaqun Alaih]

Salah satu sebab untuk menjadi orang yang jujur ialah:
i)Sentiasa bersahabat dan bersama dengan orang-orang yang jujur
ii)Melatih diri untuk berkata jujur,memaksakan diri untuk jujur dan menepati janji apabila berjanji dan menampakkan kejujuran.

--AMANAH--

Amin dalam Bahasa Arab bermaksud pemegang amanah;dia tidak menjadi sebab keburukan orang lain dan orang lain merasa aman daripada keburukan dirinya.Apabila seseorang itu berakhlak amanah,dia akan disukai oleh ramai orang.Kita diwajibkan untuk berlaku amanah kepada orang yang amanah kepada kita mahupun kepada orang yang berkhianat kepada kita.Ini adalah manhaj Sayyiduna Rasulullah ﷺ.

Firman Allah(dalam Surah al-Ma'idah ayat 67),
Wahai (seorang)Rasul Allah!Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu;dan jika engkau tidak melakukannya(dengan menyampaikan semuanya),maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya....."hingga ke akhir ayat

Jangan kamu samakan panggilan ketika kamu memanggil Rasulullah ﷺ seperti kamu memanggil nama-nama orang lain,(yakni beradablah dalam memanggil nama baginda  dan jangan mempermudah-mudahkan dan jangan merendah-rendahkan baginda ),jika tidak nanti akan digugurkan amal-amal baik kamu dalam keadaan kamu tidak menyedarinya.Sedangkan Allah memanggil kekasihNya itu dengan penuh adab di dalam al-Qur'an,iaitu dengan panggilan 'Wahai Seorang Rasul'.Maka beradablah dalammemanggil Sayyiduna Rasulullah ,dengan panggilan yang selayaknya untuk baginda .

Semakin kenal seseorang itu akan Allah,semakin takut ia dan semakin bersikap amanah ia akan apa yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepadanya.

--TABLIGH--

Sabda baginda  tatkala ditawarkan harta,pangkat dan kedudukan dunia supaya baginda  berhenti berdakwah,baginda  tetap menyampaikan dakwah menolak dunia yang sementara dan tiada nilainya di sisi Allah.
"Jikalau mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku,aku tetap akan menyampaikan dakwah sehingga Allah zahirkan agamaNya di muka bumi."

Betapa beradabnya baginda kepada Allah.Baginda  tidak berkata,"sehingga aku berjaya",adab bahawa kejayaan itu bukan pada hasil jerih payah seseorang,tetapi Allah yang menjadikan seseorang itu berjaya.Rasulullah  menyerahkan kejayaan itu adalah daripada Allah,bukan daripada baginda .

Ketika khutbah baginda pada Khutbah wida',Rasulullah  bersabda kepada para sahabat,
"Adakah sudah aku sampaikan kepada kamu?"(dari apa yang diwajibkan oleh aku untuk menyampaikannya?)
Maka dijawab oleh para sahabat,
"Ya,wahai Rasulullah ."
Lalu berkata Rasulullah ,
"Sampaikanlah kepada orang-orang yang tidak hadir."

Maka selepas kewafatan baginda ,ramai sahabat yang keluar bertebaran di muka bumi,atas amanah untuk menyampaikan apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah  kepada mereka,sehingga boleh dihitung jumlah sahabat yang dimakamkan di bumi Mekah dan Madinah.

Oelh itu,jadilah kita sebagai salah seorang penyambung lidah Rasulullah .Bermula dengan menyampaikan kepada diri kita sendiri,kemudian menyampaikan pula kepada ahli keluarga kita,seterusnya kepada orang-orang yang kita kenal mahupun orang-orang yang kita tidak kenal.

--FATHANAH--

Sifat Fathanah adalah sifat yang ada pada setiap Rasul,kebijaksanaan dalam menghadapi dan menyikapi masalah.Kebijaksanaan baginda  tatkala berusia dalam 35 tahun dapat dilihat dalam peristiwa peletakan batu Hajarul Aswad sehingga baginda  dapat menyatukan dan mendamaikan kabilah yang sedang bertelingkah.

Sifat Fathanah Rasulullah  juga terzahir apabila baginda amat pandai menjaga hati orang lain walaupun kanak-kanak dan benda-benda yang mati.Tatkala baginda  tiba di Madinah,ada kanak-kanak dari Bani Najjar yang mendendangkan qasidah kepada Rasulullah  kerana gembiranya mereka akan kedatangan baginda  dan riangnya hati mereka kerana dapat berjiran dengan Rasulullah .Rasulullah  menunggu dan mendengar kanak-kanak itu mendendangkan qasidah sehingga habis.Setelah habis qasidah itu didendangkan,baginda  bertanya kepada anak-anak kecil itu,
"Adakah kamu suka kepadaku?"
Lalu dijawab oleh kanak-kanak tersebut,
"Benar,wahai Rasulullah ."
Lalu baginda  bersabda,
"Wallahi,aku juga suka kepadamu."


::kalam al-Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid dalam rancangan MuhammadKu::





"Kita perlu sentiasa meneladani jalan,akhlak dan budi pekerti Rasulullah  yang telah dicontohi oleh para auliya' shalihin kerana mereka adalah generasi terdahulu yang sudah benar mengenal Allah.Mereka adalah contoh manusia-manusia yang berjaya,yang telah mendapat kedudukan disisiNya. 
Mereka sentiasa mengutamakan Allah dan rasulNya,mengagungkan Allah,mereka menginginkan kehidupan yang abadi dari kehidupan yang ada di muka bumi ini yang sungguh kecil dan hina,yang membuat lalai para penghuniya. 
Kita telah melupakan banyak hakikat kita dihidupkan di dunia ini.Kebanyakan kita ketika ini hanya saling berebut dan sibuk mencari kedudukan,mengejar pangkat,kekuasaan dan harta di atas bumi yang tidak abadi di sisi-Nya."
[Sidi al-Habib Umar bin Hafiz,hafizohullah]

Click to comment