-->

::Nilai Cinta::

advertise here
Sayyiduna al-Habib Rasulullah  bersabda,
"Barangsiapa yang(peduli)terhadap keperluan saudaranya,maka Allah(peduli)pada hajatnya."
[H.R.Bukhari]

Saudaraku,jika hajat orang lain kita pedulikan maka Allah akan peduli kepada hajat kita dan terlebih lagi jika kita peduli pada hajat Sayyiduna Muhammad .Apa hajat baginda ?Hajat baginda  adalah tersebar luasnya dakwah baginda ,dan banyak cara untuk menyebarkannya;mungkin dengan ucapan,perbuatan internet,SMS,e-mel,surat,harta,jabatan bahkan dengan doa dan munajat.Berkhidmatlah untuk hajat Sayyidina Muhammad ,maka siang dan malam Allah akan menyelesaikan segala hajat kita.

Rabbi,jadikanlah kami selalu berkhidmat kepada Nabi yang paling engkau cintai,Sayyidina Muhammad .

Sungguh Allah mencintai orang-orang yang suka memuji Nabi Muhammad ,kerana pujian kepada Nabi Muhammad ﷺ disebabkan oleh cinta dan banyak memuji kepada Nabi Muhammad  bererti pula banyak mencintai baginda .Dan semakin banyak orang yang berzikir,berselawat memuji Nabi Muhammad ,maka Allah akan semakin menjauhkan kita,wilayah kita dan wilayah-wilayah sekitar daripada musibah dan digantikan dengan curahan rahmat dan anugerah daripada Allah.

-----al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa,rahimahullah-----


Bagaimana kehidupan akan menjadi baik,jika seseorang tidak mengingati Nabi Muhammad  dan tidak merinduinya?Sebaliknya,orang yang menyayanginya dan berselawat kepadanya ketika mendengar namanya disebut,nescaya dadanya akan terasa lapang,jiwanya akan tenteram,hatinya akan tenang dan bahagia,serta keadaannya akan menjadi baik.

Apabila seorang pencinta merenung sedalam-dalamnya,betapa istimewanya seorang pemuda(mahupun pemudi)yang penuh kerinduan kepada Nabi Muhammad  dengan segenap perasaannya.

---al-Habib Hasan Muhammad Syaddad bin Umar Ba Umar----


Nilai cinta yang paling istimewa terdapat pada hati yang sentiasa berhubung dengan Rasulullah .Kerana setelah jiwa berhubung dengan baginda ,ia akan membuahkan akhlak yang mulia dan akhlak yang mulia akan membawa kepada amal yang soleh.Apabila hati seseorang telah terikat kepada Rasulullah ,maka dia akan menjadi insan yang indah dalam akhlaknya,lembut dalam tutur katanya dan berkasih sayang dalam setiap tingkah lakunya

Click to comment