-->

::Yang Telah Pergi::

advertise here
Malam itu cuaca kembali senyum,setelah senjanya tadi dalam kesedihan dibasahi hujan yang mencurah-curah turun ke bumi.Sedang aku duduk santai kat motorsikal sementara tunggu kuliah start(tapi malam tu kuliah dibatalkan),ada seorang lelaki berkata kepadaku.Beliau teman sepengajianku bertalaqqi dengan Tuan Guru Sheikh Nasir,seorang ulama' turath.Usianya sudah separuh abad.Seorang yang pendiam jugak tetapi ceria.Kata beliau,

"Kamu anak muda.Pergilah mengaji dengan tok-tok guru yang masih ada.Mereka semua sudah tua.Jangan nanti terlambat baru menyesal."

Lebih kurang begitulah kata beliau.Beliau menyarankan kepadaku agar hadir di kuliah Tuan Guru Haji Mutafa,pada hari Selasa malam kerana Tuan Guru mengajar kitab Hikam Ibn Atha'illah.Aku pernah mendengar kisah Tuan Guru Hj.Mustafa tetapi tidak pernah hadir ke kuliahnya,dan aku pun jarang tahu jadual majlis kuliahnya.Ulama'-ulama' turath setahu aku hanya masih tinggal 3 orang di tempatku;Tuan Guru Haji Daud Abdul Rahman Balai Besar,Tuan Guru Sheikh Nasir dan Tuan Guru Haji Mustafa.Mereka sezaman dengan Tuan Guru Zainal Abidin Sura Gate,Shaykh Daud Bukit Abal,Shaykh Salih Kenali dan ulama'-ulama' turath lainnya.Lalu aku pun bertekad untuk pergi ke majlis pengajian beliau buat pertama kalinya,sebab malam Rabu tu tak ada kelas dengan Tuan Guru Sheikh Nasir.Bolehlah aku pergi.

Malam Rabu itu hujan renyai-renyai membasahi bumi Dungun kesayanganku ni.Memang dua tiga hari ni selalu hujan.Agaknya sudah hampir masuk musim tengkujuh sebab ni dah dekat akhir tahun.Hatiku berbisik,

"Mungkin ni pra-musim tengkujuh kot."

Setelah menunaikan solat Maghrib,hujan semakin lebat.Lalu sambil menunggang motor,aku berkira-kira di dalam hati seorang diri,
"Nak gi ke tak ni?Hujan makin lebat ni..."

Last-last,aku pun ambil keputusan untuk tak pergi.Berat nanang jugaklah aku ni.Dan aku pun kembali ke rumah,padahal jarak antara rumah aku dengan surau tempat beliau mengajar tak jauh manapun.Tapi kerana ke 'berat nanang' ku ini,aku pulang semula ke rumah.

Keesokan paginya,aku diberitakan oleh abahku bahawa Tuan Guru Haji Mustafa telah kembali ke rahmatullah.Al-Fatihah.Terkejut jugak hati ni,sebab aku tak sempat hadir ke kuliah beliau,tak sempat ambil mutiara-mutiara kata beliau.Allahurobbi.Sewaktu aku hadir ke majlis pengebumian beliau semalam,aku berjumpa dengan pak cik yang cadangkan kat aku supaya hadir ke kelas beliau saban hari.Kata pak cik tu,

"Awak lambat sangat...dah tak ada dah la peluang nak mengaji dengan beliau."

Aku hanya tersenyum dalam penuh penyesalan....
Al-Fatihah,berkat ulama'...ramai orang-orang alim datang menziarahi beliau.Dan yang menghadiri majlis pengebumian beliau pun sangat ramai.Teringat kata Dr.Zulkifli al-Bakri,antara tanda seseorang itu mati dalam keadaan yang baik ialah apabila rama orang yang menziarahi jenazahnya.


Almarhum Tuan Guru Haji Mustafa(dua dari kiri)bersama sahabat beliau,Tuan Guru Haji Daud Balai Besar(3 dari kiri)

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash,radhiyallahu 'anhu berkata;Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda,
"Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut(menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari(dada)manusia.Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama'.Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama,orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka.Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya,mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
[H.R.Muslim]

Click to comment