-->

::Bicara Jumaat::

advertise here
Dalam falsafah Islam,kalau nak hebat mesti melihat contoh yang ke belakang,iaitu melihat,meneliti,membaca kisah-kisah generasi Islam terdahulu,yang hidup pada kurun yang terbaik.Kalau kita ingin melihat masa hadapan,kita masih tidak tahu apa yang berlaku.Sebagaimana sabda Nabi ,tentang 3 kurun yang terbaik.


Faktor hebatnya generasi terdahulu kerana 3 perkara:
i)Para sahabat nabi yang tinggal bersama Rasulullah ,mereka mempunyai iman yang hebat.
ii)Zaman para tabi'in,mereka hebat dari segi amalan.
iii)Zaman para tabi' tabi'in,mereka hebat dari segi ilmu.
Gabungan dan kesepaduan ketiga-tiga elemen inilah yang menjadikan generasi terdahulu hebat.

Berkata Imam Ibn Uyainah,rahimahullah,
"Dengan kita menyebut nama orang-orang soleh(khususnya Rasulullah  dan para sahabat),maka akan turunnya rahmat."


::al-Fadhil Ustaz Mohd Nazrul Nasir,hafizohullah,bicara di radio IKIM::

Salam Jumaat pertama di awal Muharram...

Click to comment