-->

::Salam Hijrah::

advertise here

"Berapa banyak burung berkicau di pagi hari...
Bersedih melantunkan lagu di atas ranting....
Mengingat teman dan masa indah yang berlalu....
menangis sedih,membangkitkan kesedihanku....
Maka tangisanku membuat ia tak dapat tidur....
dan tangisannya membuatku tak dapat tidur....
Aku telah mengeluh tapi ia tak memahamiku....
dan diapun mengeluh aku tak memahaminya....
Namun aku mengenalnya dengan cinta....
Dan dia juga mengenalku dengan cinta...."
[Habibina]

Semakin bertambah tahun,semakin berkurang usia kita di dunia ini.Seperti orang lain,aku juga ada azam dan impian tersendiri.
Untuk menjadi seorang yang baik itu bukan suatu yang mudah.Ia memerlukan semangat yang tinggi,niat yang tekad dan tak mudah berputus asa.Selama 22 tahun aku hidup di dunia ini,aku dapat rasakan untuk memperbaiki diri sendiri itulah yang paling susah dan yang paling sukar untuk dilatih.Kita berubah bukan untuk manusia,bukan berubah untuk mendapat kecintaan di mata orang,bukan berubah untuk mendapat sanjungan di mata orang,tetapi kita berubah sebagai asbab,untuk menyiapkan diri kita agar menjadi hamba yang setia di sisi Allah.Waktu aku mengaji dengan Ustaz Munif dulu-dulu,aku pernah baca kisah Syeikh Abu Yazid al-Bustami,rahimahullah dalam usaha memperbaiki diri beliau,kata beliau,
"Aku bermujahadah selama 40 tahun untuk memperbaiki diriku."
Aku termenung.Itu syeikh,seorang ulama'...40 tahun mujahadah.Tapi,aku ni?

Pernah satu ketika,sewaktu dalam majlis ilmu bersama Syeikh Nuruddin al-Banjari,hafizohullah,waktu kali pertama aku tengok wajah syeikh secara 'live',rasa macam mimpi lah jugak sebab orang kampung biasa yang bukan dari pengajian agama macam aku ni boleh tengok syeikh secara 'live'.Kebetulan syeikh datang kat kampung aku,jadi senanglah aku nak datang.Kata syeikh,
"Apabila disebut nama ulama',maka akan turunlah rahmat.TETAPI syarat untuk kita menerima rahmat itu,ialah kita MESTILAH membersihkan diri kita daripada perkara maksiat dan membersihkan hati kita daripada 'ujub,riya',takabbur dan sifat-sifat mazmumah yang lain."

Aku rasakan dalam hidup ni,untuk memperbaiki diri,kita kena sentiasa memperbaiki diri selalu dari semasa ke semasa,selagi kita bernama insan yang hidup di dunia....selagi itulah kita kena sentiasa muhasabah diri sendiri,kena sentiasa jaga hati kita,jaga peribadi kita,jaga tutur kata kita.Kata naqib aku semalam,Ustaz Muhammad Syukri Muhamad Nazar,hafizohullah,ada sya'ir Arab yang menyebut,
"Bangunnya sesebuah generasi terdahulu adalah kerana akhlak mereka,
Apabila tiada akhlak,maka runtuhlah generasi tersebut."

Aku....seperti orang lain,mengharapkan agar tahun yang mendatang,dapat menjadi insan yang lebih baik di sisiNya.Hidup ni bukan semudah yang kita impikan,tapi hidup ini adalah satu perjalanan dan satu persinggahan yang perlu dimuhasabah setiap detik dan waktu.Biarlah apa orang nak kata tentang diri kita,yang penting kita hanya ingin jadi hamba yang jujur di sisiNya.Mencari keredhaan manusia adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.Mencari keredhaan Allah adalah impian dan harapan hati,selalu,selalu dan selalu.......
WaLlahua'lam...Salam Hijrah,
"Sesungguhnya ketentuan amalan adalah dengan yang terakhir."
[H.R.Bukhari]
sesungguhnya amalan itu dikira pada akhirnya...
Pesan Murobbi hati...
"Permulaan gagal itu awal kejayaan dan permulaan merasa selalu berjaya itu awal kegagalan.Maka lalui kegagalan itulah makna kejayaan,dan jangan pernah merasa selalu berjaya(dan cepat berpuas hati dengan kejayaanmu),justru itulah sebuah kegagalan."


Tidak cemburu dengan orang yang cantik.
Tidak cemburu dengan orang yang kaya.
Tidak cemburu dengan orang yang hebat.
Cantik,kaya & hebat jika tak dapat takpe
Tapi ...
Sangat cemburu dengan orang alim yang amalkan ilmunya.
Sangat cemburu dengan orang yang suka lakukan kebaikan.
Sangat cemburu dengan orang yang muhibbin(cintakan Allah & Rasul-Nya)sehingga berusaha dengan bersungguh lakukan kerja-kerja Islam.
Alim,baik & muhibbin jika tidak seperti mereka akibatnya merana...
[Ustazah Syarifah Fatimah Nur'asyiqin al-Yahya,hafizohullah]

Click to comment