-->

::Sebuah Cinta dan Pengertian::

advertise here

Kalau bicara soal cinta berbisiklah…
cinta itu seksa yang masih dapat ditanggung….
tapi hidup tanpa cinta adalah nikmat yang hambar tak selera

persahabatan kadang-kadang subur lalu membesar menjadi cinta
namun cinta takkan mundur untuk bertukar menjadi persahabatan

cinta adalah pengalaman hidup… 
yang menanggungnya hanya insan yang menghayatinya

cinta adalah sultan…
kerana itulah ia mengatasi undang-undang

cinta bagai perang…
mudah engkau menyalakannya,sulit bagimu memadamkannya

cinta adalah satu-satunya permainan yang dimainkan oleh dua peserta
kedua-duanya boleh jadi akan sama-sama menang atau sama-sama kalah

cinta adalah satu bahagian dari kewujudan seorang lelaki…
namun ia merupakan seluruh kewujudan bagi seorang wanita

lelaki mencinta supaya dia beroleh bahagia dalam hidup
namun wanita hidup agar dia bahagia dengan cinta

boleh jadi cinta akan lahir dengan satu kata 
namun selama-lamanya cinta takkan mati dengan satu kalimat

cinta tidak membunuh para asyik
ia hanya menggantung mereka terkapai-kapai antara hidup dan mati

seorang pecinta sama ada akan percaya apa saja
atau takkan percaya apa saja

harapan orang muda yang pertama ialah mendapat cinta, lalu harta dan kemudian sihat
namun akan datang padanya satu hari yang dia menukar priority harapannya
kepada sihat,harta dan kemudian cinta

kesimpulan dari tragedi cinta ialah 
lelaki mahu menjadi insan pertama yang tembus masuk ke hati seorang wanita
dan si wanita pula mahu menjadi insan terakhir yang masuk ke hati lelaki

duhai hati…
cinta yang tidak dapat melupakanmu tentang keindahan kekasih
adalah cinta yang dhaif

siapa yang mencinta… akan cinta kekal abadi

dalam bercinta ada surat yang kita utuskan…
ada yang kita koyak rabakkan…
dan surat paling indah adalah yang tidak kita tuliskan

cinta akan berganda dengan kehalusan lelaki
akan jadi lemah dengan keringanan wanita

cinta akan melemahkan unsur pemurnian pada wanita
dan akan menguatkannya pada lelaki 

cinta adalah satu pertandingan
kalau seorang wanita mahu dia boleh menjuarainya

cinta bagi seorang wanita
ibarat madu pada bunga

cinta bagi lelaki adalah suatu penyakit merbahaya
bagi wanita pula cinta merupakan satu kepujian yang sebesar-besarnya

cinta adalah sifat keakuan dari dua manusia
cinta yang gila menjadikan manusia binatang buas






::via Akhi Rahmat Muhammad,beliau menulis kalam hukama' tentang cinta::

Click to comment